suria

Objek putih seperti kain kafan terbang depan kereta, UAI diganggu entiti mistik lepas balik kuliah!

Perkongsian kisah mistik oleh UAI tular di TikTok.

MEREKA yang pernah berdepan kejadian mistik pastinya sukar untuk melupakan pengalaman yang menakutkan itu.

Terbaharu, sedutan video pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkongsi pengalaman berdepan kejadian mistik turut tular di media sosial.

Ketika menjawab soalan penonton ketika satu sesi kuliah, Azhar berkata kali dia terakhir berdepan kejadian mistik ialah di sebuah lebuh raya di Terengganu sekitar tahun 2019.

Lekas highway during the night. Only the car headlights is a guiding source.

Pemanduan waktu malam sememangnya mencabar, apatah lagi di jalan-jalan yang gelap dan jarang dilalui manusia. -Gambar hiasan

"Saya akhir sekali (nampak) tahun 2019. Dia (entiti mistik) duduk atas highway dekat exit Dungun. Dia duduk atas penghadang jalan. Malam tu, baru lepas kuliah di Kerteh.

"Menteri Besar minta hadir ke stadium di Kuala Terengganu. Jadi kena laju. Kerteh ke Kuala Terengganu 50 minit. Masa tu bawa Mercedez. Yang lain tidur letih, saya yang pandu.

"Tengok macam Robin Hood, dia tutup dengan kain buruk. Duduk atas penghadang tepi tu. Kakinya, jarinya panjang-panjang. Besar gajah kot tapi rupa manusia, Ada tangan atas lutut, itu yang terakhir," ujarnya.

Kita ingatkan burung... lemudian dia ke depan cermin, baru nampak kain kafan.

USTAZ AZHAR IDRUS

PENDAKWAH

Penceritaan Azhar yang turut diselitkan dengan elemen jenaka itu disambut dengan hilai tawa penonton yang menghadiri sesi kuliah berkenaan.

Tidak terhenti di situ, Azhar kemudiannya membuka satu lagi kisah mistik yang pernah dilaluinya, juga di sebuah lebuh raya beberapa tahun lalu.

"Yang sebelum itu kain putih, kain kafan. Saya pergi ke kuliah di Maran, malam Jumaat. Lepas kuliah, sembang-sembang minum air dalam bilik imam. Ada Ketua Polis Daerah (OCPD) Maran. Dia tanya, ustaz balik tak kena usik hantu ke? Saya kata jangan cerita macam tu tuan, saya nak balik sendirian jap lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Air muka UAI berubah, tiba-tiba pandang atas masa ceramah... Ustaz nampak apa? - “Ya Allah panjangkan usia murabbi kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu pakai kain basahan, Ustaz Azhar Idrus pesan suami isteri mandi bersama... Pasangan tua perlu lebih kerap

"OCPD Maran cerita, dia kena usik hantu di Kuala Lumpur. Lepas tu saya pun balik. Dekat exit pertama lepas Perasing.

"Dia datang dari tepi, kita ingatkan burung. Kemudian dia ke depan cermin, baru nampak kain kafan. Lepas tu masuk ke dalam bukit.

"Esoknya saya datang balik untuk tengok bukit apa tu. Dia ingat kita takut. Tapi kalau dia berhenti, aku lari," cerita Azhar dalam nada berseloroh.

Hingga kini video yang dikongsi di laman TikTok itu menerima lebih 1.2 juta tontonan.

Bagaimanapun, pemilik TikTok itu tidak menyatakan tarikh serta lokasi kuliah berkenaan diadakan.

uai3

UAI terkenal dengan gaya penyampaian kuliah yang bersahaja dan menghiburkan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai netizen turut bercerita mengenai pengalaman mereka berdepan kejadian mistik.

Pada masa yang sama, ramai netizen turut memuji cara penyampaian kuliah Azhar yang sentiasa mencuit hati penonton.

"Pernah kena macam UAI pasal kain kafan tu kat highway nak ke Kuala Perlis, pukul 4.30 pagi.

"Tak tahu nak takut ke nak ketawa

"Tak pernah tak lawak ustaz kesayangan ramai ni.

"Mungkin dia nak tanya soalan kepada ustaz," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain