suria

Lelaki guna ilmu ‘gentel lada hitam’ demi puaskan nafsu terlarang... Wanita perlu tahu cara matikan sihir, pengamal boleh mati pucuk!

Golongan wanita sering menjadi mangsa ilmu lada hitam ini.

PERASAAN dengki dan dendam mendorong segelintir masyarakat mengamalkan sihir bagi tujuan menyakiti individu lain.

Seperti video tular ini, seorang lelaki mendedahkan tentang ‘ilmu lada hitam’ yang sering diamalkan sesetengah individu bagi menyakiti golongan wanita.

“Ilmu ni semakin ramai yang amalkan sekarang. Ingat zaman sekolah sahaja wujud, rupanya sekarang semakin teruk,” ujarnya.

Mereka yang mengamalkannya disyorkan untuk berhenti dan memohon taubat Allah. -Gambar hiasan

Mereka yang mengamalkannya disyorkan untuk berhenti dan memohon taubat Allah. -Gambar hiasan

Menghuraikan tentangnya, pengguna TikTok itu menyatakan mangsa wanita yang terkena sihir tersebut akan berasa kurang selesa, jantung berdegup kencang dan terasa seperti terdapat cecair yang mengalir di kemaluan.

“Kalau anda alami perkara ini, maksudnya ada seseorang menggunakan ilmu yang salah (sihir) pada anda,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, sihir yang dihantar itu boleh dibatalkan dengan mudah apabila mangsa melakukan beberapa perkara termasuk mematahkan benda keras yang sedang dipegang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita masuk Siam santau bekas kekasih, geram lepas terlanjur! Terkejut dapat tahu sudah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Terlampau ikut trend media sosial, netizen dedah pasangan sama-sama sulung terdedah sihir! Kononnya darah anak pertama ada sakti

Menurutnya, pengamal yang melakukan sihir tersebut akan mengalami mati pucuk serta tidak dapat diubati sehingga akhir hayatnya.

“Ambil sesuatu yang keras seperti pensel, penyepit rambut atau lidi dan patahkan. Ilmunya akan terbatal dan terus mati pucuk sampai mati,” tambahnya.

Hasil carian di Internet, amalan syirik ini juga dinamakan sebagai ‘ilmu gentel lada hitam’ yang digunakan terhadap wanita untuk tujuan jahat dengan merangsang nafsu mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pelayar wanita meluahkan rasa takut selepas beberapa individu berkongsikan pengalaman berkaitan sihir berkenaan.

Alhamdulillah nasib baik aku dah tinggalkan amalan tu... lagipun buat sebab suka-suka je.

WARGA MAYA

“Ilmu lada hitam... nasib baik tak pernah try, kesian tengok perempuan yang kena apabila kawan buat. Bayangkan ahli keluarga kita yang kena.

“Ilmu tu ayat pendek je, tapi kesian pada orang yang kena... aib dia, tapi lada hitam kena curi.

“Pernah terkena. Boleh tahan hebat orang yang amalkan ilmu ni,” ujar beberapa netizen.

Sebahagian komen warga maya.

Sebahagian komen warga maya.

Lebih mengejutkan apabila terdapat segelintir warga maya yang mengaku mengamalkan ilmu tersebut sejak zaman persekolahan.

“Masa sekolah dulu-dulu ada kawan pernah buat. Tak sampai lima minit tengok ada budak perempuan gelisah dan keluar pergi tandas.

“Pernah guna ayat ni dulu... Alhamdulillah dah minta maaf pada dia.

“Alhamdulillah nasib baik aku dah tinggalkan amalan tu... lagipun buat sebab suka-suka je.

“Perkara ni dah lama, kenapa orang baru tahu sekarang? Dari aku tingkatan 3 lagi dah ada orang buat,” tambah beberapa warga maya lagi.

Sebagai peringatan bersama, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir seperti yang dihuraikan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain