suria

Gempar penemuan makhluk pelik di Bagan Lalang! Sekali tengok macam tumbuhan, rupanya spesies tapak sulaiman

Haiwan pelik yang ditemukan seorang lelaki di lautan.

LAUTAN seluas mata memandang merupakan 'rumah' untuk berjuta-juta hidupan marin, malah pasti masih ada spesies yang belum dikenal pasti komuniti pengkaji.

Kecoh video di laman TikTok memaparkan penemuan haiwan pelik di laut berhampiran Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Melihat dengan mata kasar, ia kelihatan seperti ranting atau dahan kering dan dari sudut pandang tertentu nampak seperti sayur-sayuran kering.

Bentuk makhluk ini membuatkan sesetengah orang berasa tidak selesa.

Namun, sekiranya diperhatikan dengan lebih dekat, ia ternyata adalah makhluk hidup yang setiap satu cambahannya boleh bergerak sendiri, sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan sesetengah penonton.

"Meremang bulu roma tengok, dah macam parasit rupanya. Saya sebagai seorang yang ada Trypophobia (ketakutan pada lubang tersusun kemas) terus rasa mual perut," kata seorang warga maya.

Pemilik video yang dikenali sebagai Mat Jahan tampil memberikan penjelasan bahawa haiwan tersebut tergolong dalam spesies keluarga tapak sulaiman.

ARTIKEL BERKAITAN: Burung hantu sesat di laut hampir lemas, mujur ada abang kelasi... tak kasar pun, siap jaga macam anak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Terjunan mantap! Sanggup gadai nyawa selamatkan anak anjing lemas, tindakan pantas anggota TLDM raih pujian netizen

“Ini dia Basket Star, mungkin ada yang belum pernah tengok, kalau ada pun tak pernah pegang, kalau pernah pegang pun mungkin tidak ada video.

"Nah aku tunjukkan kepada semua salah satu spesies tapak sulaiman, ini pun kali pertama aku pegang dia ni, dah macam sotong rupanya. Susah nak jumpa.

"Aku dah tanya dulu aku punya tekong (nakhoda kapal) apa benda haiwan tu takut berbisa ke apa, dia kata okay untuk pegang. Selepas dah ambil video semua, aku lepaskan semula ke laut.

Kadang tu saya rasa laut di bumi ni lagi 'alien' daripada angkasa lepas kita.

WARGA MAYA

"Basket Star yang aku pegang ni kalau ikutkan masih baby dan kecil, boleh jadi besar lagi. Ia hanya boleh ditemukan di laut pada kedalaman 1,800 kaki," kata Mat Jahan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan penjelasan tambahan mengenai haiwan Basket Star tersebut.

"Basket Star ini makan zooplankton, ia menangkap santapannya menggunakan jari-jarinya yang mempunyai cangkuk tajam yang sangat kecil.

"Kalau nak tahu, haiwan ni merupakan invertebrate yang bermaksud ia tidak mempunyai tulang belakang dan anggota badannya jika terputus boleh tumbuh semula.

"Jarinya itu boleh berpusing-pusing dan mampu berukuran sehingga satu meter panjangnya," terang warga maya.

Warga maya menzahirkan kerisauan.

Dalam pada itu, warga maya lain pula berasa kagum dan terpesona melihat ciptaan Allah yang disifatkan begitu indah itu.

"Subhanallah hebatnya ciptaan Allah, saya ingat mula-mula tumbuhan, rupanya hidupan laut. Tiada siapa yang mampu mencipta sesuatu yang sebegini kompleks melainkan Tuhan Yang Maha Esa.

"Harap dengan penemuan haiwan sebegini dapat menguatkan keimanan kita. Kadang tu saya rasa laut di bumi ni lagi 'alien' daripada angkasa lepas kita.

"Meremang tengok, ini baru peratusan kecil laut yang kita terokai, macam-macam benda lagi boleh ada di luar sana.

"Antara sebab mengapa kita tidak patut berasa angkuh dan besar diri, kita ni hanya sekecil kuman jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan alam semesta," antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain