WANG ringgit, pangkat, kedudukan mahupun kemewahan harta benda bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan kayu pengukur kebahagiaan. Realiti dapat dilihat melalui cara hidup sederhana yang ditunjukkan pasangan suami isteri warga emas yang merupakan pelanggan tetap di sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang. Dalam perkongsian yang dibuat oleh pengusaha Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di laman Facebook, dia menceritakan pasangan tersebut yang mampu mengekalkan kebahagiaan dan dilihat masih romantis walau tidak makan makanan mewah. Restoran nasi kandar sering menjadi tumpuan pelanggan di Pulau Pinang. -Gambar hiasan "Mereka dua ini adalah pasangan suami isteri yang merupakan pelanggan tetap NKS. Umur dah hampir 70 tahun tetapi selalu mai (datang) sekali makan nasi kandar. "Mereka dua orang makan sekali air tidak sampai RM10. Lauk yang biasa seperti telur, bendi sahaja mereka akan ambil. "Tetapi mereka dua orang ni sangat beramah mesra sesama sendiri dan selalu gembira sahaja," jelasnya dalam hantaran berkenaan. Turut dikongsikan dalam hantaran sama, foto pasangan ini yang kelihatan tersenyum di hadapan kaunter pembayaran. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kedai nasi kandar berseluar dalam di dapur, ramai kembang tekak tengok aksi separuh bogel! ARTIKEL BERKAITAN: Sakan pekena nasi kandar, pemuda tiba-tiba panik ada ‘sesuatu’ tersangkut di tekak... Terpaksa lupakan petua makan pisang Apa yang membuatkan pemilik restoran tersebut kagum dengan mereka adalah sikap toleransi, bersyukur dengan apa yang ada dan berjimat dalam berbelanja. Sebagaimana dijelaskan, hantaran itu dibuat supaya orang ramai boleh menjadikan pasangan ini sebagai contoh dalam kehidupan berkeluarga, khususnya yang bergelar suami isteri.. "Makan lauk biasa yang murah je tapi masih boleh gembira kerana adanya persefahaman yang baik dan mereka bersyukur dengan apa yang ada. Hidup berkasih sayang dan saling hormat menghormati. Jangan malu nak romantik walaupun depan anak-anak. NETIZEN "Contoh yang baik kepada semua suami dan isteri. Bukan bab makan ini sahaja tetapi dalam semua perkara lain jika semua suami dan isteri mempunyai sikap bersyukur dengan hargai apa yang ada. "Selain itu, kena ada pula persefahaman yang baik insyaAllah rumah tangga pasti akan bahagia," katanya. Perkongsian itu ternyata meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 14,000 tanda suka dan lebih 400 komen di Facebook. Rata-rata warga maya begitu terharu apabila mengetahui kisah mereka berdua dan ramai bersetuju dengan padangan pemilik restoran mengenai maksud sebenar 'kebahagiaan'. Komen netizen pada hantaran asal. "Asalkan gembira. Tak semestinya makan besar atau belanja RM50 atau lebih sepinggan nasi kandar baru boleh gembira. "Hidup berkasih sayang dan saling hormat menghormati. Jangan malu nak romantik walaupun depan anak-anak. "Cinta Nasi Kandar. Semoga bahagia sampai ke syurga," antara komen netizen pada hantaran tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube