suria

Warga asing enggan bantu wanita tempatan tak bawa cash di stesen MRT, siap sound ‘jangan minta sedekah’

Pengangkutan awam hari ini semakin maju termasuk dari segi kemudahan pembelian tiket. -Gambar hiasan

DUNIA hari ini semakin berubah dengan hampir semua urusan tidak dapat lari daripada sistem dan pendigitalan.

Antara yang paling signifikan adalah kaedah pembayaran tanpa tunai dengan segala transaksi dilakukan secara dalam talian.

Namun, ada juga sesetengah pihak seperti peniaga kecil yang belum bersedia atau enggan menerima perubahan digital ini dan kekal menggunakan wang tunai sebagai kaedah pembayaran.

Tidak semua premis perniagaan menerima pembayaran tanpa tunai. -Gambar hiasan

Keengganan peniaga seperti ini boleh menimbulkan kesulitan kepada mereka yang sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa tunai atau 'cashless'.

Masalah juga boleh timbul kepada mereka yang tidak mempunyai membawa wang tunai jika sistem atau internet mengalami gangguan.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita menceritakan pengalamannya yang tidak mempunyai wang tunai bagi menambah nilai ke dalam kad transit aliran ringan (LRT)

Menariknya, dia cuba meminta bantuan daripada seorang individu warganegara Bangladesh dengan meminjam wang tunai tetapi akhirnya tidak dihiraukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bhaiya kacak jual tudung di Nilai 3 tiba-tiba popular, berbondong-bondong wanita komen ‘live’ TikTok... Bukan nak beli tapi ‘flirting’

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak mesin baru, masih bau kedai... Lelaki tempatan bagi peluang warga Pakistan potong rumput, tembus pasaran mat Bangla

"Stesen LRT tu memang boleh terima cash je dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terdekat berada di seberang bangunan sana. Saya tengah nak cepat dan kelam-kabut.

"Nak dijadikan cerita, waktu kejadian tu ada seorang mamat Bangladesh ni berhampiran saya. Dia seorang je dekat situ waktu tu. Saya pun minta jasa baik dia kalau boleh pinjam cash RM10 kejap dan saya akan transfer balik selepas tu.

"Lepas tu dia boleh pandang saya dan cakap macam ni, saya tak tahu, jangan minta sedekah. Eh! Menyirap darah dengar, saya ni ada je duit, cuma tak ada cash. Sakitnya hati. Kau ingat kau siapa?

Bayangkan kalau kita tukar tempat, mamat Bangladesh tu yang dekati wanita tempatan nak pinjam duit, mesti terus kena panggil pervert.

WARGA MAYA

"Dan di sini saya nak jelaskan, mamat Bangaldesh tu boleh bercakap Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik, jadi ini bukan masalah salah faham. Dia memang tak nak tolong," ujar wanita itu.

Setelah mati akal dengan masalah dihadapi, wanita itu terpaksa menapak jauh ke mesin ATM dan mengeluarkan sendiri wang tunai.

"Saya pun jalan pergi ke mesin ATM dan patah balik ke kaunter baru selesai semua," katanya yang mengaku penat pada hari tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berjenaka tentang ironi kisah tersebut yang dilihat bertentangan dengan norma masyarakat.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Bayangkan kalau kita tukar tempat, mamat Bangladesh tu yang dekati wanita tempatan nak pinjam duit, mesti terus kena panggil pervert. Sekarang baru kita faham perasaan warga asing. Biadabnya, siapa yang duduk negara siapa ni?

"Bahana tak bawa cash, orang tua kita dah selalu pesan, sekarang terkena juga. Tapi kita tak boleh nak salahkan 'bhaiya' tu sepenuhnya, memang salah kita, jangan sentiasa nak harapkan orang lain baik hati membantu.

"Sebab tu pentingnya untuk ada simpan cash kecemasan dekat mana-mana dalam dompet atau beg ke, untuk mengelakkan diri daripada terpaksa jadi 'pengemis' macam kisah sis ni.

"Pernah juga aku dekat medan selera, waktu tu tak boleh QR Pay, internet perlahan dan bateri phone dah nak habis, mamat Bangladesh yang ambil order tu terus jeling aku. Geramnya!" kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain