suria

Gigih sambut birthday kawan siap kumpul duit, hari jadi sendiri ‘krik krik’ tiada siapa rai! Wanita terasa sampai sekarang

Seorang wanita terkilan apabila tiada rakan menyambut hari jadinya. -Gambar hiasan kiri Freepik

TREND zaman sekarang, kalau nak sambut hari jadi kawan dah macam nak buat majlis bertunang.

Bermacam rancangan dibuat secara beramai-ramai, dari pemilihan lokasi, makanan hingga ke warna tema.

Biasanya, masing-masing kongsi duit untuk adakan majlis termasuklah membelikan hadiah-hadiah buat rakan bertuah itu.

Menyambut ulang tahun kelahiran rakan memang seronok, tapi jauh di sudut hati tentunya kita mengharapkan perkara sama dilakukan rakan-rakan lain terhadap diri sendiri.

Bayangkan bagaimana perasaan apabila kita sudah berhempas pulas membuat persiapan untuk sambutan hari jadi orang lain, hari jadi sendiri tidak diraikan.

Sesiapa sahaja akan gembira sekiranya hari jadi mereka diingati. -Gambar hiasan The Star

Menerusi satu hantaran di laman X, seorang wanita meluahkan pandangannya mengenai perkara itu sebagai kesedaran kepada masyarakat.

“Ramai rupanya selalu rasa seronok nak sambut hari jadi member, siap nak kumpul duit sama. Siap beli hadiah. Akhirnya masa hari jadi kau, krik krik (suram).

“Dah la tu. Zaman sekarang hargai apa ada depan mata. Sambut hari jadi suami dan anak serta diri sendiri lagi baik,” tulis seorang jurusolek profesional (MUA) itu tanpa merujuk sesiapa, boleh jadi pengalamannya sendiri atau orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang kami dah mampu beli hadiah” - Rakan-rakan buat ‘air mata jantan’ pemuda ini gugur, tak sia-sia tunjuk contoh kasut idaman

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kereta hon buat wanita ini tak senang duduk, bikin panas kena lalu jalan jauh... Prank birthday jadi kecoh!

Hantarannya meraih perhatian dengan dikongsi semula hampir 4,000 kali dan menerima lebih 7,500 tanda suka.

Rata-rata netizen turut berkongsi kisah mereka yang bersemangat menyambut hari jadi orang lain, tetapi akhirnya rakan-rakan lain tidak mempedulikan hari istimewanya pula.

Tahun ni aku fokus nak simpan untuk sambut hari jadi sendiri.

NETIZEN

“Teringat member dulu. Sebulan awal dia dah beritahu pengurus tarikh lahir dia. Hari jadi staf-staf lain dia sambut ya. Dan tentu sekali dia join, siap hadiah.

“Sekali masa birthday dia, semua krik krik. Seminggu lepas tu baru ada seorang ucap. Itu pun sebab dia tengok jadual kerja,” kata seorang pemuda.

Wanita sedih kerana tiada yang mengingati hari jadinya. -Gambar hiasan

Begitu juga nasib yang menimpa seorang wanita ini yang mengimbas semula kisahnya sewaktu zaman belajar dan tinggal di asrama.

“Teringat masa belajar, beria rakan serumah lain ajak tong-tong (kumpul) duit untuk kek dan sambutan. Sampai giliran I, dah la tak ada sambutan, atas kek pula dia tulis birthday dan farewell warden sekali jalan,” katanya.

Mempunyai kelompok rakan yang suka menyambut dan membuat kejutan sempena hari jadi rakan-rakan lain juga belum tentu memberi jaminan, seperti pengalaman wanita ini.

“Dulu I ada satu circle ni, enam orang termasuk I. Setiap kali birthday member-member I tu nak dekat, lima orang akan kongsi duit untuk beli kek sekali kejutan. Tapi bila sampai giliran I, mereka tanya ‘Kau dah beli kek ke? Nak sambut kat rumah kau ke?’. Sampai sekarang terasa,” ujarnya dengan nada kesal.

Bagi seorang wanita, dia tiada sebarang isu sekiranya hari jadinya tidak disambut rakan-rakan kerana apa yang penting baginya adalah mencari kebahagiaan sendiri di hari istimewa itu.

“Aku pun malas nak ikut sangat. Mereka ajak, aku on. Tak ajak, aku diam je. Tak ada nak tolong plan bagai nak rak.

“Tahun ni aku fokus nak simpan untuk sambut hari jadi sendiri. Aku nak melancong masa birthday. Self reward. Doakan aku sampai Korea,” katanya yang berfikiran positif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain