FENOMENA alam yang kita lihat atau alami sendiri ada kalanya tidak terjangkau dek akal. Namun, sudah jadi fitrah manusia mempunyai perasaan ingin tahu terhadap setiap persoalan yang muncul di minda terutama yang berlaku di sekeliling kita. Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki yang baru tiba di Forest City, Johor dari Kuala Lumpur terkedu apabila terlihat satu pemandangan aneh yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kehadiran awan putih rendah yang dirakam seorang lelaki. Menerusi video itu, lelaki tersebut dipercayai memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk melihat dengan lebih jelas gumpalan besar berbentuk seperti awan putih atau kabus yang sungguh aneh kedudukannya. 'Awan putih' tersebut tersebut kelihatan terapung pada aras rendah sehingga mendekati permukaan tanah, bukannya pada lapisan atmosfera seperti kebiasaannya. "Jam sekarang pukul 3.10 pagi, aku tak tahu apa benda tu, nak cakap awan pun tak pasti, tapi kabus putih ni dah meliputi hampir keseluruhan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). ARTIKEL BERKAITAN: Misteri bau busuk terungkai, 2 hari pemuda geledah tapi tak jumpa... Rupanya bangkai ular sawa dalam ‘skirting’ kereta ARTIKEL BERKAITAN: Wanita segera ajak suami balik, terbantut nak hirup mi celup kedai Siam! Kembang tekak nampak sesuatu atas pintu kedai "Kabus ni panjang, dari belakang sana dan sampai ke depan sini boleh nampak. Ini kali pertama aku jumpa benda macam ni seumur hidup aku dan sepanjang aku duduk Forest City. "Aku perasan kabus ni macam ombak, dia bergerak, datang dari arah Singapura sana. Nak cakap sejuk sebab kabus, malam ni tak ada la sesejuk mana. "Dan kabus tu hanya setempat je dekat kawasan pelabuhan, kenapa bukan semua tempat berkabus macam di Genting Highlands? Ini sesuatu yang aneh guys," kata lelaki itu cuba mencari jawapan. Saya pun semalam balik kerja dari checkpoint Tuas nampak kabus ni juga, nak cakap awam rasanya tak, kali pertama saya perasan. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan kerisauan melihat kabus putih tersebut dan mula membuat teori sendiri. "Satu soalan utama yang aku nak tanya, kenapa kabus tu cuma tutup PTP je, memang dia ngam-ngam sampai hujung PTP, lepas tu dah hilang kabus tu. "Ada projek rahsia yang melibatkan makhluk asing ke dekat dalam PTP tu? Macam dalam movie, yang kalau ada portal dari alam lain terbuka, mesti ada kabus sekali. "Saya pun semalam balik kerja dari checkpoint Tuas nampak kabus ni juga, nak cakap awan rasanya tak, kali pertama juga saya perasan, apa benda tu?" soal warga maya berteka-teki. Sebahagian komen warga maya. Dalam 'kekecohan' yang berlaku di ruangan komen, seorang warga maya dipercayai merupakan penduduk tempatan tampil menceritakan perkara sebenar. "Kawan-kawan sekalian, itu bukan awan ataupun kabus, itu adalah asap dari kilang koko dekat dalam PTP. Jangan terkejut, saya dari tahun 2020 hadap asap ni dekat Forest City. "Dari saya kerja PTP sampai saya masuk kerja dekat Singapura, banyak jenis asap lagi ada. Pernah sekali tu, asap banyak sampai tutup bangunan dekat Forest City, dari ground floor dah tak nampak tingkat lima ke atas. Gigil rasa. "Bukan main kita fikir bukan-bukan, rupanya pencemaran udara je," kata warga maya berseloroh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube