suria

Kaedah ‘paksa’ menangis di kem motivasi dianggap dah lapuk! Cuma mahu buat pelajar rasa bersalah, insaf sekejap saja

Kem motivasi sering diadakan di sekolah untuk menaikkan semangat pelajar.-Gambar hiasan

SEBUT sahaja mengenai kem motivasi ketika zaman sekolah, pastinya ramai dalam kalangan kita akan mengimbau kenangan program itu yang sering mengaitkannya dengan ibu bapa.

Boleh dikatakan program ini disertai oleh kebanyakan pelajar zaman 80-an hingga 90-an yang mana mereka disuruh memejam mata dan membayangkan situasi apabila ibu bapa sudah meninggal dunia.

Selepas timbul rasa sedih dalam diri masing-masing, pengendali program akan mula memberikan kata-kata motivasi dengan penuh emosi sehingga setiap peserta berasa insaf dan mahu belajar bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada ibu bapa.

Para menangis mendengar lagu dan kata-kata pakar motivasi. -Gambar hiasan

Begitulah situasi yang dapat dilihat dalam satu video tular di X, memaparkan sekumpulan pelajar menangis ketika menyertai kem motivasi.

"Adik-adik bayangkan balik rumah... ada banyak selipar dekat luar rumah. Ingatkan benda macam ni sudah tak ada dah," demikian kapsyen ditulis individu yang membuat perkongsian video tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca sebenar murid-murid berkenaan menangis kerana video tersebut hanya disiarkan bersama lagu Anak Soleh nyanyian penyanyi Aeman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meragam dalam flight, ibu menangis ditengking pakcik tua - “Selalu saya kuat, masa tu jadi terpaling lemah”

ARTIKEL BERKAITAN: Pintu lif terbuka, anak terus menangis... Ibu cepat-cepat tutup, terkejut sampai ke aras kosong - “Tak tahu apa yang dia nampak”

Dalam pada itu, seorang pelayar di X mengambil serius hantaran tersebut dengan membuat perkongsian semula.

Dia berpandangan, ini bukanlah cara yang sepatutnya dilakukan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar.

Sebaliknya, kaedah berkenaan cuma dianggap sebagai 'guilt trip' (timbulkan rasa bersalah) dalam kalangan murid-murid dengan memaksa mereka menangis dan bakal dikecam sekiranya tidak menitiskan air mata.

Sebenarnya ia bagus untuk kita ingat dan sayangi ibu bapa sendiri.

NETIZEN

"Pandangan peribadi... semakin saya meningkat dewasa, saya telah belajar benda ni tak membawa apa-apa tetapi satu sesi 'guilt-tripping'.

"Tak ada yang bermotivasi langsung," ujarnya memberikan pandangan.

Rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing susulan pendapat yang dikongsikan lelaki berkenaan.

Ada yang bersetuju dan ada juga sesetengah warga maya tidak dapat menerima pendapatnya.

Komen beberapa individu pada video berkenaan.

"Nak tambah berkenaan isu ni. Setiap sesi buatkan anda rasa seperti satu 'template' yang berulang.

"Sebenarnya ia bagus untuk kita ingat dan sayangi ibu bapa sendiri. Walaupun sekejap tapi ia buat saya fikir susah mak saya lahirkan saya. Penat ayah kerja cari duit.

"Sebenarnya benda ni diperlukan untuk sesetengah kanak-kanak. Ye betul anda boleh cakap ni strategi 'guilt trip' tapi harap awak tahu banyak yang baik daripada buruk datang dari program ni," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain