suria

Marahkan syarikat, rider kerja cincai... Protes enggan naik rumah pelanggan! Tinggal makanan di peti surat

Rider penghantar makanan perlu jujur dalam kerja yang diamanahkan. -Gambar hiasan (kiri)

PENGHANTAR makanan perlu berdepan pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas mereka.

Walaupun beban yang dipikul itu berat, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk mereka melakukan kerja secara sambil lewa bagai melepaskan batuk di tangga.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang pelanggan mendedahkan sikap seorang rider penghantar makanan yang disifatkan degil untuk menurut permintaannya.

Ujian besar kepada rider jika perlu menghantar makanan ke flat. -Gambar hiasan

Permintaan itu yang ditulis dalam aplikasi meminta rider naik ke tingkat lima rumah pangsa dan menyangkut bungkusan makanan pada tombol pintu kediaman.

"Tolong sangkut dekat tombol pintu, takut kucing makan. Tidak perlu kutleri seperti sudu, garfu dan pisau," pesan pelanggan berkenaan.

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikepilkan bersama, rider terbabit memaklumkan bahawa upah yang diterimanya daripada syarikat sudah dipotong dan kini akan bekerja secara ala kadar sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tinggal kek tepi jalan, ibu sedih kejutan birthday anak dalam kem tentera tak menjadi... Ramai syak salah pin lokasi!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu rider kena ‘sidai’, wanita ini amal tabiat tunggu awal bawah rumah... Lega tengok pekerja penghantaran senyum lebar

"Maaf ya puan, saya dah tinggalkan makanan dekat peti surat di bawah. Saya buat macam ni sebab syarikat penghantar makanan dah potong upah untuk rider.

"Jadi ia tidak cukup untuk menampung servis kami naik ke atas. Terima kasih kerana memahami," ujar rider tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar tindakan tidak bertanggungjawab rider penghantar makanan itu.

Cuba yang komen ni buat dulu job rider tu tengok berbaloi ke tak. Sampai tingkat lima kot. Apa salahnya tunggu je dekat bawah.

WARGA MAYA

"Ini situasi yang sesuai untuk kita katakan frasa 'B40 selera T20', kerja gig tapi harapkan duit masuk setaraf manager. Tetap salah walaupun tertindas, dalam terma memang cakap hantar sampai depan pintu.

"Sebagai pengguna, kami beli makanan melalui servis penghantaran sebab kami malas nak bersiap dan keluar menapak. Kalau macam ni rupanya, baik beli je terus dekat kedai, lagi jimat.

"Saya bagi satu nasihat untuk rider sekalian, naik je sampai tingkat mana yang pelanggan tu duduk, apabila dah nak sampai buat muka tercungap-cungap dan kepenatan, InsyaAllah akan dapat tip RM5 atau RM10 daripada pelanggan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Aku pernah kena macam ni, aku terus buat aduan, memang menggelupur rider tu WhatsApp cerita sebab, awalnya berlagak. Takut kena ban la tu," beberapa warga maya berkongsi cerita.

Dalam pada itu, segelintir netizen pula memilih untuk memihak rider tersebut.

"Cuba yang komen ni buat dulu job rider tu tengok berbaloi ke tak. Sampai tingkat lima kot. Apa salahnya tunggu je dekat bawah. Kita mudahkan orang, Tuhan akan mudahkan kita.

"Kami rider ni kesuntukan masa, kami nak siapkan sebanyak mungkin order dalam waktu yang singkat, baru pendapatan yang masuk memadai," demikian antara komen mereka..

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain