KENAIKAN harga barang bukan sahaja mempengaruhi trend perbelanjaan masyarakat malah turut memberi kesan kepada peniaga. Berdepan nasib sama adalah usahawan yang popular dengan menu laksa dan nasi lemak di Meru, Klang Selangor. Meluahkan di halaman Facebook, Syed Muhammad Syed Hasif berkata, kenaikan harga barang memberi kesan kepada perniagaan laksa yang dijalankan sehingga dia perlu menaikkan harga jualan kepada RM10. “Sebelum ini saya jual laksa dengan harga RM8, kemudian naikkannya kepada RM10 kerana kos barang mentah. Kos bahan mentah mengalami kenaikan harga. -Gambar hiasan The Star “Selepas teruk dihentam oleh ramai pihak, saya jual dengan harga RM5. Memang tak ada untungnya dan bergantung harap pada hasil jualan nasi lemak semata-mata,” ujarnya memulakan cerita. Menurutnya, tindakan drastik tersebut diambil bagi memuaskan hati masyarakat sekeliling yang mahukan harga murah. Susulan tindakannya itu, ia memberi kesan besar terhadap perniagaan sehingga sukar untuk membayar gaji dua orang pekerja termasuk sewa tapak dan pelbagai kos lain. Memperincikan harga barangan untuk menghasilkan menu istimewa itu, ujarnya, setangkai bunga kantan sudah mencecah RM2 manakala sekilo bawang pula berharga RM60. ARTIKEL BERKAITAN: Cili kering naik RM4, tauke katering pening nak caj harga mampu milik - “Macam mana nak bagi nasi atau lauk lebih?” ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan guna sebotol sos cili pun”- Pelanggan pakai kasut kilat baru balik kerja berang burger naik harga “Ikan pula RM14 sehingga RM16 sekilogram manakala cili kering berhagra RM70 per kilogram. “Macam-macam lagi nak kena beli sebab kita bukan duduk rumah kampung yang bahan mentah boleh ditanam sendiri. Nak kuah pekat, kena masukkan banyak ikan,” ujarnya lagi. Dia berpandangan, mentaliti sesetengah individu yang gemar mengkritik harga jualan mahal tanpa mengira kos bahan mentah terlebih dahulu, seolah-olah ingin menjatuhkan bisnes peniaga kecil seperti dirinya. Betul... saya yang hari-hari pergi beli barang pun terasa harga dah naik. WARGA MAYA “Saya berniaga ikhlas dan sedaya upaya, apabila anda masing-masing tokok tambah dan ada yang tabur fitnah macam-macam... kami terkesan sangat. “Saya ni berniaga cari duit untuk cukupkan pembiayaan perubatan penyakit yang saya alami,” tambahnya sambil menyatakan harga jualan laksa dikembalikan seperti asal, RM8. Malah katanya, dia ‘kalah’ dengan harga RM5 kerana pelbagai bahan perlu digunakan untuk menghasilkan menu yang sedap. Penghasilan laksa memerlukan pelbagai jenis bahan mentah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberi sokongan kepadanya dan berharap masyarakat lebih prihatin dengan keadaan semasa. “Benda makan pun nak persoalkan pasal harga... kalau rasa tekak tu teringin, belilah tapi kalau tak mampu jangan beli. Tak payah sampai nak viralkan sehingga menutup rezeki orang lain. “Betul... saya yang hari-hari pergi beli barang pun terasa harga dah naik. “Telur mahal, ikan mahal. Timun pun dah naik harga. Kalau nak murah, masak sendiri guna tenaga sendiri, gas sendiri. “Saya beli okay je sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau rasa mahal, tak payah beli... masak je sendiri,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube