JAWAPAN dalam kertas peperiksaan murid sering dikongsi atau dijadikan 'content' oleh sesetengah guru. Ada yang menganggapnya sebagai bahan jenaka, tidak kurang juga yang berkongsi bagi memberi gambaran kepada masyarakat tentang pemikiran generasi masa kini. Berdasarkan satu video tular, seorang murid dikatakan tidak menjawab soalan peperiksaan dengan baik bagi soalan esei Bahasa Inggeris yang memerlukan dia memberi pandangan sama ada ingin tinggal bersama ibu bapa atau menyewa. Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah sangat penting. -Gambar hiasan Meskipun penggunaan ayat dan tatabahasa yang digunakan tidak sempurna, namun apa yang ingin disampaikan masih dapat difahami. Meneliti karangan yang ditulis, murid tanpa didedahkan identitinya itu seolah-olah meluahkan isi hati dan situasi semasa yang dialaminya. “Saya memilih untuk tinggal di rumah bersama ibu. Saya mahu berada di rumah sebab ibu tinggal sendirian, ayah saya dah meninggal dunia dalam kemalangan bersama abang. ARTIKEL BERKAITAN: Murid tak jawab kertas soalan, cikgu tinggalkan komen ‘berkias’ dikata biadab... Disuruh berlembut beri teguran ARTIKEL BERKAITAN: Gagal jawab exam, pelajar tunjuk pandai media sosial... Trol cikgu di ruang jawapan - “Nak nangis, aku mengajar macam nak gila” “Tambahan pula, ibu sudah tua. Bukan sahaja universiti... pekerjaan pun ingin berhampiran rumah ibu supaya saya dapat lihat dan menjaganya selepas bekerja,” tulisnya menerusi karangan. Tangkap layar vídeo jawapan itu kemudiannya dikongsikan di laman X. Bagaimanapun, pelayar X menyatakan trend berkongsi jawapan peperiksaan yang sering dilakukan golongan guru itu adalah tidak wajar. Warga maya memberi komen masing-masing. Malah dia turut mempersoalkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana jawapan esei yang diberikan tidak menggambarkan tahap pendidikan murid berkenaan. Difahamkan, soalan tersebut adalah untuk murid tingkatan 4. Posting itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa terkejut dan bimbang memikirkan situasi semasa pendidikan negara. “Boleh faham kat rumah dia macam mana tapi dekat sekolah awak buat apa dik? “Ingatkan ini soalan untuk budak UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). “Kalau dapat kat aku student macam ni, memang aku kerah dia salin karangan... seminggu 10 karangan dalam buku tebal sampai habis dekat SPM kena ada 100 karangan dalam buku tu. “Saya suka kalau ada yang buat jenaka dengan jawapan murid. Pada saya, kalau ini jawapan daripada budak kelas belakang... ia dah cukup baik. Mereka dah cuba yang terbaik,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube