LUAHAN seorang pemuda tentang ‘usaha’ lelaki yang sering dipersoalkan golongan wanita, mendapat perhatian ramai sehingga videonya ditonton lebih 2.2 juta pelayar TikTok. Menerusi video tular, dia yang hanya mempunyai 4,000 pengikut mendedahkan beberapa barangan yang diberikan kepada teman wanitanya sebelum mereka memutuskan hubungan sebagai pasangan kekasih. Dia yang dikenali sebagai Ash turut berkongsi tangkap layar peta perjalanan dari Johor ke Pahang kerana ingin berjumpa dengan wanita berkenaan. Malah, motosikal yang ditunggang pernah rosak ketika dalam perjalanan bertemu kekasih hatinya itu. Hadiah yang diberikan seorang rakan kolej teman wanitanya. Bukan itu sahaja, dia juga mengakui sering membeli makanan dari restoran makanan segera untuk keluarga wanita tersebut berbanding berbelanja untuk keluarganya sendiri. “Sanggup ikat perut demi dia. Aku belanja famili dia makan, even famili sendiri pun jarang. “Belikan Pandora sebagai cincin tanda... semua warna pink aku beli. “Hari pertama dia masuk kolej, aku datang tapi jumpa dia pun tak dapat,” luahnya di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Tak ingin isteri mandul! Wanita ditinggalkan selepas 3 kali gugur kandungan, BF fikir masa depan... Nak kahwin perempuan boleh hamil ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedar ditinggalkan pakwe sebab tak cantik! Rasa bazir beli produk kecantikan...Lebih suka makan, belanja mak ayah Lebih meruntun hati apabila dia turut berkongsikan hadiah yang diberikan individu lain untuk kekasih hatinya itu. Meluahkan apa yang dialami, anak muda ini berkata, segalanya bermula selepas teman wanitanya itu berkenalan dengan rakan lelaki ketika melanjutkan pengajian di kolej swasta. “Selepas beberapa hari awak dah bersama dengan orang lain. Tak terkejut pun... sebelum kita berpisah saya dah tahu awak rapat dengan orang lain, saya tak salahkan awak. “Ini takdir Allah. Terima kasih untuk segalanya, anggap apa yang saya beri ni sebagai sedekah,” ujarnya. Baik perempuan atau lelaki, apabila sayang effort tak main-main. Prinsip aku once let go aku tak akan pernah datang balik. WARGA MAYA Bercerita dengan lebih lanjut, dia berkata hubungan yang terjalin lebih setahun itu sering menguji dirinya dengan kesabaran. Namun sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata makian mahupun mencarut di hadapan gadis itu. “Awak langsung tak fikir, tak hargai semua yang dah saya buat... saya abaikan perasaan saya sendiri untuk awak, saya mengalah setiap masa dan minta maaf walaupun saya tak salah. "Lebih setahun saya bersabar dengan awak, saya tak pernah maki awak selama kita bersama, saya tak pernah mencarut dekat awak. Warga maya meninggalkan reaksi masing-masing. “Saya pernah pergi tapi awak merayu untuk saya kembali, tapi lepas saya kembali... awak masih dengan perangai sama. “Bodohnya saya terima awak semula, awak pentingkan ego daripada hubungan ni, setiap kali saya luah apa yang saya rasa awak ingat saya nak bergaduh,” luahnya lagi. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan bersimpati dengan apa yang dialami. Tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan supaya dia dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik. “Baik perempuan atau lelaki, apabila sayang effort tak main-main. Prinsip aku once let go aku tak akan pernah datang balik. “Kawan aku pun situasi macam kau juga bro. Sebelum masuk kolej okay, lepas masuk memang berubah 100 peratus... kadang-kadang kesian juga pada member aku dah bagi effort macam-macam. “Rasa sakit tu sebab effort pada orang yang salah... macam wrong person, right timing,” ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube