SEORANG isteri dilihat mempunyai keistimewaan apabila 'dibolehkan' mempunyai pelbagai ragam dan kerenah terutamanya pada waktu-waktu tertentu. Baru-baru ini tular video di laman TikTok, seorang wanita yang sedang berbadan dua mengidam untuk menghidu bau tayar motosikal. Sebagai suami yang menyayangi isterinya dengan sepenuh hati, hajat wanita tersebut berjaya dituruti apabila dia dibawa ke sebuah bengkel. Persefahaman antara lelaki dan perempuan diperlukan dalam setiap hal. -Gambar hiasan Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat menghidu sepuas-puasnya aroma sebuah tayar yang diberikan pemilik bengkel yang mana tayar berkenaan kelihatan baharu kerana masih berbalut dengan plastik. Rata-rata warga maya memuji tindakan suami berkenaan yang dianggap 'sweet' dan memahami perasaan isterinya yang sedang hamil. "Bagusnya ada lelaki yang sanggup gembirakan kita macam ni, indah hidup ni rasa. Ini baru betul namanya suami mithali. Semoga dapat jadi contoh dan ikutan kepada sang suami di luar sana. ARTIKEL BERKAITAN: Suami ada keinginan pelik ‘obses kepala’ pasangan, teringin tengok isteri bertudung botak! Kalau boleh sampai licin, berkilat ARTIKEL BERKAITAN: Suami cari nasi goreng sardin, pakcik kedai makan syak kes isteri mengidam... Sanggup tolong masak tapi ada ‘syarat’ "Saya pun dulu sama sis, teringin sangat nak hidu bau petrol, akhirnya suami bawa saya bertapa dekat stesen minyak. Suami yang betul sayang kita tak akan segan nak korbankan segalanya," kata beberapa wanita. Namun, di sebalik komen-komen pujian itu, tampil seorang lelaki 'tersakiti' yang beranggapan kaum Hawa terlampau diagung-agungkan dalam masyarakat. "Tahu tak, dalam dunia ni ada dua perkara yang kurang adil terhadap kaum lelaki. Pertamanya, apabila perempuan mengidam benda-benda aneh seperti kes hidu tayar ni, wajib ditunaikan. Kalau tak, kau akan dilabel teruk. Betul, lelaki ni pada mata masyarakat hanya makhluk yang tiada perasaan, perlu mengalah selalu dan tak ada hak apa pun. WARGA MAYA "Keduanya, apabila perempuan tengah datang bulan, cenderung dikatakan untuk mood swing. Jadi kita kaum lelaki diharapkan untuk tahan maki je daripada para wanita. "Apabila kita cuba sanggah benda begini, mereka kata kita lelaki tak merasai kesakitan melahirkan anak. Tolonglah, jangan jadikan alasan sakit beranak ni sebagai 'tiket' untuk memaksa lelaki menjadi 'pak turut'," ujarnya di laman X. Tambah lelaki itu lagi, pendirian wanita sedemikian dianggap hanya mementingkan diri semata-mata. "Ramai perempuan aku perhatikan yang suka cakap, lelaki zaman sekarang ni lemah dan tak layak jadi suami. Tapi, lihatlah, kiita sebagai lelaki selalu disuruh untuk memikul tanggungjawab, memahami wanita dan menjadi kuat. Kaum Adam meluahkan isi hati di ruangan ciapan balas. "Tak pernah ke mereka ini terfikir, mungkin apa yang aku buat ini sudah melampaui batasan? Golongan wanita sebegini, mereka terlalu mementingkan diri," kata lelaki tersebut menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas pada hantaran berkenaan, sebahagian besar kaum Adam menyokong perspektif yang diketengahkan itu "Emosi lelaki tak pernah siapa yang peduli. Layankan saja. Kita mengadu apa-apa pun tiada guna. Lagi dihina mungkin. Wanita pada masa kini berada di puncak hierarki sosial. "Betul, lelaki ni pada mata masyarakat hanya makhluk yang tiada perasaan, perlu mengalah selalu dan tak ada hak apa pun. "Kalau pergaduhan dalam rumah tangga pun, suami yang biasanya kena mengalah dan minta maaf dulu. Apakah ketidakadilan ini?," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube