ORANG berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa! Begitulah peribahasa yang menjadi pegangan kebanyakan masyarakat Malaysia yang sentiasa menjaga adab dan tutur kata dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, sebagai manusia biasa, seseorang itu tidak terlepas daripada diuji tahap kesabarannya sehingga ada masanya terkeluar juga ayat yang kasar dan tidak sedap didengar. Pemandu e-hailing seharusnya komited dalam pekerjaannya. -Gambar hiasan Baru-baru ini melalui satu ciapan di laman X, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang kurang menyenangkan ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing. Menurut wanita itu, pemandu e-hailing tersebut terpaksa masuk sedikit jauh ke dalam bagi mengambilnya di tempat yang dipersetujui dalam aplikasi. "Apabila saya masuk je dalam kereta e-hailing tu, pemandu tersebut terus mengeluh. Saya tahu pemandu tu kena drive jauh untuk sampai ke pick-up point saya. ARTIKEL BERKAITAN: Makan dulu, baru pelanggan! Lelaki bengang ‘disidai’ pemandu e-hailing, terima job kemudian pergi jamu selera ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan cuma 2km, tapi Dr Say ‘bayar’ RM56 naik e-hailing... Terduduk dengar kisah pemandu tua kerja 15 jam, tumpang tidur di madrasah "Saya dah berniat nak bagi tip yang agak banyak kepada pemandu itu sebagai tanda penghargaan, saya ingat nak bagi apabila dah sampai nanti. "Tapi sepanjang perjalanan tu dia asyik 'meroyan' kena drive jauh sebab nak ambil saya. Dan ada sekali tu ketika dia tengah membebel, dia siap sebut, orang yang bertudung ni liat betul nak bagi tip. "Kalau begitu yang dicakapnya, tak mengapa la," wanita itu menceritakan situasi dialaminya, sekali gus meluahkan rasa kecewa dengan kata-kata pemandu e-hailing tersebut. Satu benda saya nak beritahu, kalau teringin nak tip, benda pertama sekali mulut jangan 'longkang'. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mengupas pengajaran yang boleh diambil daripada kisah yang dikongsikan itu. "Kerana mulut, rezeki tersekat. Inilah contoh paling tepat kita boleh kaitkan. Lagi sikit pemandu e-hailing tu nak 'durian runtuh' tapi sebab apa yang dia cakap, terus kempunan. "Pemandu e-hailing ni kena sedar, tak ada siapa pun yang paksa mereka bekerja. Kalau malas nak ambil orang dan kalau cancel takut rating jatuh, maka elok tak payah bekerja terus. "Pengalaman saya kalau tempat jauh, pemandu akan mesej minta budi bicara saya untuk cancel e-hailing sebab mereka tak dapat ambil, memandangkan dalam aplikasi auto-accept ride, kalau mereka cancel sendiri nanti kacau rating. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Bincang baik-baik macam tu saya tak ada masalah nak pertimbangkan, dalam kes ni, dia sendiri setuju nak ambil, lepas tu nak mengomel. Tergamak pula tu nak kaitkan dengan pemakaian tudung, aduhai," kata warga maya. Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi pandangan tentang amalan memberikan tip. "Bagi tip ni bukan budaya kita di Malaysia pun sebenarnya, boleh buat atas kemurahan hati seseorang tu. Tapi satu benda saya nak beritahu, kalau teringin nak tip, benda pertama sekali mulut jangan 'longkang'. "Kepada pemandu e-hailing tu, sedar-sedarlah kau tu kerja gig je, pekerjaan yang dilakukan secara bebas, tak ada majikan dan waktu bekerja, jangan nak mengharap itu ini sangat," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube