SEGELINTIR wanita mengalami perasaan tidak yakin (insecure) yang melampau sehingga ia memberi kesan dalam banyak perkara termasuk perhubungan. Dari perkara remeh, kecil sehingga isu besar, golongan ini pasti tidak senang duduk dan akan melakukan apa saja demi mengatasi perasaan itu. Perasaan ‘insecure’ ini turut menghantui diri wanita ini bermula sejak dia menyedari sesuatu yang tidak disangka-sangka dilakukan oleh tunangnya. “Seminggu selepas bertunang, aku jumpa carian Google tunang aku ada nama artis perempuan. Hati aku memang hancur, tak tahu nak gambarkan macam mana. “Kami gaduh besar. Aku pun tak kenal diri aku masa aku marah dia tu. Aku campak telefon dia sampai pecah dan rosak terus,” katanya menerusi satu luahan di laman X. Isu remeh-temeh menyebabkan pergaduhan berlaku. -Gambar hiasan Tanpa mendedahkan identiti artis wanita tersebut, tunangnya kemudian memohon maaf atas apa yang dilakukannya. Namun bagi wanita ini, kesannya masih dirasai meskipun sudah berumah tangga dengan lelaki itu. ARTIKEL BERKAITAN: Suami galak tengok akaun FB wanita seksi, isteri ‘insecure’ terpaksa makan pil nak dapat ‘aset’ serupa ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi bersusun ‘dating apps’ dalam telefon, isteri suruh sumpah dengan al-Quran janji tak main cinta online “Dia minta maaf kata memang salah dia sebab nak stalk artis perempuan tu. Benda nampak macam remeh tapi sampai sekarang dah setahun kahwin, aku punya self-esteem hancur teruk. “Aku sakit sebab rasa dikhianati. Dia tak hormat aku. Dia buat benda belakang aku yang dia memang sedar aku akan marah. Sedangkan aku ni sangat la jaga diri aku untuk dia. “Aku teruskan kahwin sebab dia dah menyesal dan berubah 90 darjah. Tapi, isu kepercayaan aku tak pernah hilang... aku sedih,” ujarnya. Sikap wanita itu masih tidak berubah selepas berkahwin. -Gambar hiasan Tetap bersyukur kerana mereka akhirnya berkahwin, dia juga mengakui suaminya seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Namun, kejadian 'Google artis wanita itu' masih tidak dapat dilupakannya hingga kini. “Tapi salah dia dulu aku tak boleh lupa. Aku kena anxiety sebab benda ni. Sekarang memang dia try hard nak bagi aku gembira tapi at some point akan ada benda yang trigger aku. Layankan sangat insecurity tu, sampaikan perangai sendiri yang buat pasangan tu menjauh. NETIZEN “Aku nak normal macam dulu balik tapi susah. Dia selalu kena tempias baran aku sekarang, yang mana bukan diri aku yang dulu. “Tapi dia sabar je dan keep on reassure aku. Kadang-kadang aku rasa sedih kenapa jadi macam ni. Sayang aku kat dia dah tak boleh sama macam sebelum tunang dulu,” katanya. Keadaan telefon yang rosak. -Gambar hiasan Di ruangan komen, netizen menganggap wanita itu hanya terlalu mengikut perasaan, sebaliknya bersimpati dengan nasib si suami yang menjadi mangsa keadaan. “Kadang-kadang kita ni layankan sangat insecurity tu, sampaikan perangai sendiri yang buat pasangan tu menjauh. “Google artis pun boleh jadi isu kepercayaan? Bawalah bertenang, kalau kena kat aku memang terus tak kahwin dah. “Kalau aku jadi lelaki tu, aku cerai je perempuan macam kau. Suami dah minta maaf, suami try hard nak hidup bahagia. Tapi itulah, dia yang beria bawa sampai ke hari ini. “Macam budak-budak hanya kerana dia search nama artis perempuan. Ke dia search sebab dia tak kenal? Artis tu pun tak tahu dia wujud sis. Jangan lama-lama sangat ikutkan marah tu, jangan cabar kesabaran suami anda. Takut nanti kena tinggal,” beberapa netizen memberi pendapat dan teguran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube