BERPEGANG kepada konsep 'dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain' seorang pemuda menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai menerusi perkongsian video di TikTok. Walaupun sibuk mengejar masa dan komisyen, pemuda yang juga pekerja servis penghantaran itu dilihat bersikap prihatin dengan menyumbang minyak petrol kepada seorang penunggang wanita pada suatu malam. "Waktu nak isi minyak, datang seorang makcik nak isi minyak juga. Waktu ni nak tarik pam minyak nak bagi makcik ni minyak percuma," katanya menerusi satu video berkenaan. Pemuda ini mengalihkan nozel untuk mengisi minyak pada motosikal makcik itu. Namun kata penghantar makanan bernama Ahmad Nabil Rosli itu, dia mengalami masalah untuk mengalihkan nozel di pam minyak bagi mengisi petrol pada motosikal makcik berkenaan. "Ada isu teknikal kat pam ni jadi kena letak semula dan buat bayaran baharu. Ingat nak pakai kad, tapi kena ke kaunter juga," katanya. Pada masa sama, kelibat Ahmad Nabil yang memakai anduh pada tangan kirinya turut meraih perhatian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi tentera lebur, pemuda teruskan hidup jadi rider bertangan palsu... terkesan kenangkan insiden anak pelanggan lari masuk rumah di siang hari ARTIKEL BERKAITAN: Jadi rider sambil gigih jual air botol di stesen minyak, selepas ‘diselidik’ rupanya cari duit lebih nak nikah lagi 3 bulan Mana tidaknya, dalam keadaan hanya menggunakan sebelah tangan, jejaka berusia 24 tahun itu mengambil inisiatif berjalan kaki ke kaunter untuk membuat bayaran baharu. Kedua-duanya kemudian berbual ketika wanita itu mengisi minyak. "Makcik ni sporting sangat. Lepas sedap-sedap sembang, makcik ni ada tanya saya bab tangan yang berlipat tu. "Kenapa dengan tangan awak dik, patah ke? Saya cakap tangan palsu makcik. Tangan saya tak ada waktu kemalangan, putus tangan," katanya yang berasal dari Selayang, Selangor dan kini menetap di Terengganu. Pemuda ini sanggup ke kaunter untuk membayar minyak untuk makcik itu selepas terdapat isu teknikal di pam. Penjelasannya itu bagaimanapun mengejutkan wanita berkenaan. "Makcik ni pun cakap semangat saya kuat. Semoga tabah dalam kehidupan dan terus semangat dik ye. "Baik makcik, terima kasih. Doakan saya moga dimurahkan rezeki ye makcik. Alhamdulillah, rezeki makcik malam ni," katanya yang mendoakan wanita itu sentiasa diberi kesihatan. Abang ni tangan sakit pun masih bekerja, rajin cari duit nak sara hidup keluarga. NETIZEN Untuk rekod, pada 25 Februari 2022 mStar pernah melaporkan mengenai pemuda itu yang mencari rezeki dengan menggunakan tangan palsu di sebalik anduh yang dipakainya. Berkongsi pengalaman pada ketika itu, Ahmad Nabil memaklumkan dia terbabit dalam kemalangan akibat terlelap atau microsleep semasa menunggang motosikal pada 14 Mei 2017. Tangannya hampir putus selepas motor yang ditunggang terbabas melanggar pembahagi jalan sehingga terpaksa membuat keputusan agar tangan dipotong. Ahmad Nabil menjalani kehidupan dengan sebelah tangan. Kehilangan sebelah tangan itu sekali gus melenyapkan impiannya untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai tentera. "Tak semua boleh sehebat awak, tapi awak boleh jadi lebih hebat daripada orang lain. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dipermudah segala urusan buat awak. "Abang ni tangan sakit pun masih bekerja. Rajin cari duit nak sara hidup keluarga, semoga murah rezeki abang sekeluarga. "Steady abang panda. Dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain. Moga dipermudah segala urusan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube