suria

Ustazah kecil hati, hilang sabar diganggu pelajar biadab dalam kelas - “Melampau la awak malam ni!”

Tangkap layar sesi kelas maya itu yang dikongsi menerusi TikTok.

DALAM menuntut ilmu, kunci utama keberkatan adalah dengan menghormati dan memuliakan guru.

Namun, lain pula situasi yang berlaku hari ini apabila seorang ustazah dilayan dengan biadab oleh muridnya sendiri.

Menerusi video tular, ustazah itu mengakui kecewa apabila salah seorang muridnya meninggalkan komen biadab ketika sesi kelas dalam talian kendaliannya.

ustazah3

Setiap pelajar perlu menghormati guru yang memberi mereka ilmu. -Gambar hiasan

Menurut pendidik itu, dia terasa hati dengan komen yang ditulis dan tidak teragak-agak untuk menamatkan kelas jika perbuatan itu tidak dihentikan murid berkenaan.

"Awak nak belajar ke tak nak? Sedihlah ustazah tengok awak punya komen ni. Serius ustazah cakap, sedih sangat.

"Kalau tak nak belajar, komen bukan-bukan, saya end saja (siaran) live. Serius saya betul-betul terasa hati dengan awak. Sangat terasa dengan komen awak. Selama ni sabar je.

Sedihlah ustazah tengok awak punya komen ni... sedih sangat.

USTAZAH

"Tapi melampau la awak malam ni. Ustazah akan teruskan mengajar. Andai kata masih ada komen tak berkaitan, ustazah akan end live tanpa cakap apa-apa," ujar wanita itu.

Video ketika wanita itu meluahkan kekecewaannya dirakam oleh seorang individu yang turut menyertai kelas berkenaan secara maya.

Individu itu kemudiannya berkongsi video berkenaan ke aplikasi TikTok sehingga meraih hampir setengah juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tak jawab kertas soalan, cikgu tinggalkan komen ‘berkias’ dikata biadab... Disuruh berlembut beri teguran

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar biadab samakan wajah guru dengan suspek kes bunuh calon SPM! Cikgu tengah mengajar terkejut tapi tak melenting

"Sedih tengok, dah la ilmu percuma, ramai lagi nak masuk tapi tak dapat. Dia macam ni korang, ada budak Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) komen negatif dalam live tu.

"Saya tak ingat sebab banyak gila budak tu komen sampai ustazah menangis dan tak dapat nak teruskan live.

"Pertama saya dengar dia cakap kenapa kena ada kelas hari ini? Malah ada beberapa pelajar dalam zoom tu cakap dia main buka tutup kamera, bising-bising dan maki hamun," jelas individu yang memuat naik video itu ke TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar sikap pelajar itu dan meluahkan simpati atas nasib yang menimpa golongan pendidik masa kini.

Malah, netizen turut meluahkan rasa bimbang akan sikap segelintir pelajar yang semakin biadab dan tidak menghormati institusi ilmu.

"Budak sekarang ni, ya Allah, pemikiran buruk betul. Baru darjah berapa dah tahu benda untuk orang berusia 18 tahun ke atas. Kecil-kecil otak dah rosak.

ustazah2

Anak-anak perlu dididik dengan adab dan akhlak yang baik. -Gambar hiasan

"Budak zaman sekarang semakin hilang adab, mungkin disebabkan telefon pintar tapi digunakan dengan cara yang tidak pintar, selain kawan jadi pengaruh.

"Penat ustazah tu mengajar. Menyampah gila tengok budak tu kurang ajar. Macam mak ayah tak pernah ajar," tulis netizen.

Beberapa individu yang pernah menyertai kelas dengan ustazah itu turut tampil meninggalkan komen sokongan dan berharap dia terus sabar untuk menjalankan tugas.

"Pernah belajar dengan ustazah ni, seronok sangat. Saya dapat 7A untuk UPKK, semoga ustazah dimurahkan rezeki.

"Saya pernah sertai kelas ustazah ini tahun lepas untuk UPKK. Dia baik sangat. Kenapa mereka biadab sangat dengan ustazah?

"Sebagai cikgu, beginilah. Terasa hati selalu. Tapi sedar diri ni cikgu. Tak boleh simpan, tak boleh dendam. Esok jumpa tetap senyum," tulis beberapa individu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain