suria

Jiran ‘terpaling’ minat berkebun, tanah rizab penuh pokok! Penduduk geram ‘view’ buruk, undang bahaya

Tanah rizab biasanya dikawal dan disimpan khas untuk sesuatu tujuan pada masa akan datang. -Gambar hiasan

SIKAP bertolak ansur perlu ada dalam diri semua individu apatah lagi jika kita hidup berjiran.

Namun bagi seorang lelaki, dia menganggap jirannya yang mempunyai minat dan hobi bercucuk tanam hanya menyusahkan dirinya.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Facebook Tukang Apa Hari Ini yang mana dia menceritakan tentang sikap jiran yang dikatakan menganggu ketenteraman.

"Jiran saya suka menanam. Dah habis parkir dan rizab jalan depan rumah dia, sanggup seberang jalan tanam tepi tanah rizab rumah saya dengan 'pakej' dua tong sampah dia sekali letak kat situ.

Lakaran dibuat pengadu untuk menunjukkan keadaan rumahnya.

"Rumah saya dekat corner lot, jadi panjang la rizab tepi longkang tu. Pokok kelapa, pisang, ubi kayu, jambu batu, serai, pasu-pasu pecah, tak dijaga.

"Jadi semak macam lokasi pembuangan betul. Pokok pisang pernah sekali tumbang atas pagar saya, melendut dawai, tapi saya pun malas kisah sebab cadangnya nak buat pagar baharu," jelasnya.

Dalam pada itu dia sempat 'memuji' projek tanaman oleh jirannya itu yang dilakukan dengan niat untuk memberikan sedekah kepada orang ramai.

"Dia cakap tanam untuk sedekah, tapi tak ada orang pun tahu dia nak sedekah. Ramai yang datang minta pada saya, tapi saya cakap bukan saya tanam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut ruang parkir dan laman rumah jadi kebun, jiran tiada adab selamba tanam cili tak minta izin

ARTIKEL BERKAITAN: Geram dapat jiran suka merokok di balkoni, bau asap melekat di pakaian! Tegur baik-baik tapi tak ‘jalan’

"Matlamat dah bagus, tapi cara tu menyakitkan hati jiran pula. Saya biarkan selama ni sebab rumah sendiri pun tak larat nak maintain (selenggara)," katanya.

Bagaimanapun, perbalahan secara berdepan antara kedua-dua jiran ini tercetus apabila pengadu melakukan 'pembersihan' dengan menebang semua tanaman yang ditanam atas tanah rizab.

Alasannya, dia tidak mahu menanggung risiko jika berlaku sebarang insiden tidak diingini seperti pokok tumbang dan merosakkan pagar baharu yang dibina serta 'merosakkan' pemandangan di sekeliling rumahnya.

"Dia marah sebab cakap tu bukan tanah saya. Pun bukan tanah dia. Saya suka rumput semula jadi je tumbuh, lapang dan kemas. Nak mesin rumput pun senang.

Pokok rendang-rendang bersemak ni menyusahkan serta membahayakan kejiranan.

NETIZEN

"Dia jawab majlis kata boleh tanam asalkan tak halang laluan. Tapi dia tak sedar yang pelepah kelapa terjurai ke jalan.

"Apa perlu saya buat lagi untuk elakkan dia menanam semula dan bawa tong sampah kembali ke rumah sendiri," katanya yang buntu berdepan situasi ini.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dan dibanjiri bermacam komen dan pendapat.

Ada yang bersimpati dengan nasib pengadu berkenaan serta menceritakan pengalaman mereka berdepan situasi hampir sama.

Komen netizen pada hantaran pengadu.

"Tak faham orang macam ni. Kita duduk taman perumahan tapi sibuk tanam pokok buah-buahan. Nak sangat, pindah duduk kampung atau cari tanah lot.

"Geram pula saya membaca luahan pemilik. Tapi saya sokong semua komen. Semoga dipermudahkan dan selamat berjaya.

"Pokok rendang-rendang bersemak ni menyusahkan serta membahayakan kejiranan. Keluar masuk simpang jadi bahaya sebab terlindung.

"Pentingkan diri... tujuan bersedekah tapi menyusahkan dan membahayakan orang lain. Entah di mana logik akal," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain