suria

Percaya dunia nak kiamat, makcik jual semua harta! Kini kena duduk di pondok, dulu pernah sindir Ustaz Kazim

Selagi hidup, manusia perlu menggandakan ibadat kerana tiada siapa pun tahu bila datangnya hari kiamat -Gambar hiasan

BERIMAN kepada hari akhirat merupakan salah satu daripada rukun iman.

Namun, kita sebagai manusia biasa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan atau meramal tarikh pengakhiran dunia.

Terbaharu, video sedutan ceramah Datuk Mohammad Kazim Elias atau Ustaz Kazim tentang hari kiamat tular di media sosial.

emas 2

Sedutan klip ceramah Ustaz Kazim tentang kisah wanita itu tular di TikTok.

Apa yang menariknya, Ustaz Kazim mendedahkan seorang wanita berusia sanggup menjual segala harta yang dimilikinya demi membuat persiapan kedatangan hari kiamat.

"Ada seorang makcik dia jual semua harta dia. Dia jual semua rumah, tanah, dia keluarkan duit dalam bank, dalam Tabung Haji, dalam saham. Dia beli emas, dia kata kiamat dah hampir.

"Pada Ramadan ke-15, dukhan akan muncul. Asap akan muncul. 15 Ramadan bersamaan hari Jumaat. Waktu itu dukhan akan sampai, dajal akan sampai.

Dajjal ke ustaz akak tu dajjal? Harta, rumah dah tak ada, datang duduk pondok saya.

DATUK MOHAMMAD KAZIM ELIAS

"Jadi pada masa tu duit kertas dah tak guna, apa pun dah tak guna. Tok guru dia suruh tukar jadi emas. Buat dapur tu stor makanan, simpan makanan. Ni cerita tak bohong, dia (makcik) datang pada saya," ujarnya.

Dalam pertemuan itu, Ustaz Kazim berkata dirinya turut disindir wanita berkenaan apabila memaklumkan bahawa dia tidak tahu bilakah tarikh sebenar kiamat.

"Dia tanya saya ustaz tahu tak 15 ramadan ni dukhan datang. Saya kata tak tahu, dia kata ustaz apa tak tahu, pelik. Saya kata nabi pun tak tahu, akak tahu dari mana? Dia kata ustaz akak beritahu. Akak dah buat dah, bahagian dapur kat rumah buat stor makanan, kalau apa-apa senang.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyakit akhir zaman! UAI tegur pelanggan beratur berjam-jam, rasa hebat beli makanan viral... Peniaga dah tak fikir berkat

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dunia nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone' - Pelajar PT3 mesej peniaga online minta telefon percuma

"Saya kata akak ingat bila duduk dalam rumah stor makanan ada, selesai masalah ke? Saya tanya emas tu akak buat apa? Dia kata akak minta ustaz akak simpan" imbas Ustaz Kazim lagi.

Setahun selepas pertemuan itu, Ustaz Kazim mendedahkan dia sekali lagi didatangi wanita berkenaan yang membawa khabar duka tentang kesemua hartanya.

Pada penghujung video sedutan ceramah itu, Ustaz Kazim turut memberi pesanan kepada penonton agar tidak meramal hari kiamat kerana ia merupakan rahsia Allah.

"Bila tibanya 15 Ramadan, tak ada dhukan. Setahun lepas tu dia datang balik. Dia minta pondok. Dia kata rumah dah jual, emas ustaz dia ambil, ustaz balik kampung. Dajal tak mari, sekarang siapa dajal? Dajal ke ustaz akak tu dajal? Harta, rumah dah tak ada, datang duduk pondok saya.

United in prayer: Muslim taking part in evening mass prayers known as ‘Terawih’ to welcome the holy fasting month of Ramadan at the The National Mosque  in Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Umat Islam wajib beriman kepada hari kiamat. -Gambar hiasan

"Tuan-tuan memang kita wajib percaya adanya dajal, dukhan, kerana ia disebut dalam hadis dan al-Quran. Tetapi janganlah kita kata bila tarikh dia mari. Mana hang (kamu) tahu? Hang matematik tambahan pun hang tak congak, hang nak tanda kiamat?

"Mari zaman kita, kita kata usia bumi ni ada berapa ribu tahun saja, tak lama lagi kita akan habis dah. Tuan-tuan, ada orang yang salah faham dan ambil kesempatan. Diberi pemahaman yang salah, orang ambil kesempatan, dia jadi papa kedana," ujar Ustaz Kazim lagi.

Klip ceramah Ustaz Kazim yang dikongsi menerusi TikTok pada Khamis menerima lebih 70,000 tontonan dan dibanjiri pelbagai komen netizen.

"Tu bukan dajal keluar, tu kena pedajal.

"Sekarang ni ramai terlalu taksub nak ramal itu ini. Sedangkan solat jarang-jarang.

"Pandai-pandai je makcik tu. Memang la kiamat hari Jumaat, tapi tak siapa tahu Jumaat bila," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain