suria

Ubat-ubatan dicampur, letak dalam bekas sebab senang nak makan... Rupanya ramai buat walau bahaya!

Kebanyakan warga emas mempunyai penyakit dan perlu makan banyak jenis ubat. -Gambar hiasan The Star

CARA penyimpanan ubat yang selamat dan betul adalah penting bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatannya terjamin.

Bagaimanapun sesetengah individu yang perlu mengambil ubat-ubatan mengikut jadual setiap hari memandang ringan tata cara penyimpanan.

Malah ada yang mencampurkan kesemua jenis ubat dalam satu bekas kerana sudah terbiasa dengan dos dan cara pengambilannya.

Ubat yang telah tamat tempoh perlu dibuang. -Gambar hiasan The Star Azhar Mahfof

Ubat yang telah tamat tempoh perlu dibuang. -Gambar hiasan The Star

Bagi mereka, amalan tersebut dianggap mudah kerana setiap jenis ubat dapat dibawa ke mana sahaja tanpa berlaku keciciran.

Perkara tersebut didedahkan seorang pelayar X yang memuat naik gambar dengan kapsyen “Siapa yang biarkan mak dia simpan ubat macam ni, aku harap loan bank dia kena reject”.

Menerusi gambar tular, kesemua jenis ubat-ubatan dicampurkan dalam satu bekas tanpa mempunyai rekod preskripsi mahupun nama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubat ayah berselerak, pernah tersalah makan... Anak ahli farmasi dapat idea DIY rak mini, puas hati buat label tulisan besar-besar

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki guna ilmu ‘gentel lada hitam’ demi puaskan nafsu terlarang... Wanita perlu tahu cara matikan sihir, pengamal boleh mati pucuk!

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan kebimbangan.

Malah salah seorang pelayar turut mendedahkan pengalaman yang sama ketika menguruskan seorang jemaah haji yang menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

“Masa haji di Makkah, tanya sorang nenek ni, ‘ada bawa ubat tak?’. Dia kemudian tunjuk satu bekas penuh debu.

Risau budak-budak nampak terus capai dan makan. Pernah jadi kes dulu sampai anak warded.

WARGA MAYA

“Rupanya selama ni dia tak suka telan tablet, jadi anak dia siap-siap hancurkan semua pil untuk penyakit diabetes dan hypertension.

“Dia sendirian di tanah suci tanpa waris... preskripsi tak ada, ubat apa pun tak tahu,” katanya di ruangan komen.

Situasi tersebut membuatkan bantuan kecemasan awal sukar diberikan kepada pesakit tersebut sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Antara komen warga maya

Antara komen warga maya.

Apatah lagi, apabila seseorang itu tidak biasa dengan jenis ubat-ubatan yang dimakan pesakit.

“Masyaallah bahayanya dah la ubat-ubat tu dah nak sama secara fizikalnya. Bayangkan kalau overdosaged tu.

“Tengok gambar ni, satu je nak cakap... ingat gula-gula ke? Risau budak-budak nampak terus capai dan makan. Pernah jadi kes dulu sampai anak warded.

“Kalau dah bercampur ni, macam mana nak tahu expired bila dan jenis ubat apa semua.

“Macam gula-gula je dia buat. Kita yang makan Panadol pun baca ulang kali kat plastik, betul ke tu PCM (Paracetamol),” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain