SEMAKIN ramai orang tempatan yang teruja untuk berbelanja di pesta atau karnival makanan yang dianjurkan di pelbagai lokasi terutama di bandar-bandar. Paling menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini tentunya acara yang mengetengahkan aneka sajian dari Thailand yang cukup popular sebagai 'syurga makanan'. Tanpa perlu berkunjung ke beberapa destinasi popular negara gajah putih itu seperti Hatyai, Bangkok dan Phuket, pesta itu pasti menyediakan segala makanan asli dan enak buat para pengunjung. Terliur apabila membayangkan pelbagai makanan jalanan seperti somtam, miang pla pao, pad kra pao, pad thai, kerabu maggi, miang kham dan pulut mangga. Ini termasuklah sajian berasaskan tomyam dan rojak buah ala Thai yang sememangnya menyelerakan. Keunikan masakan Thai yang menyelerakan. -Gambar hiasan Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat festival yang cuba ‘memancing’ orang ramai dengan menggunakan nama 'Thailand', tanpa menghiraukan keaslian dan keistimewaannya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kritik nasi goreng, mi kuah warna pink... Restoran perjelas guna sos Thailand, banyak dipakai di kedai tomyam ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Melayu ‘hisap darah’, mangga asam boi RM20! Pelanggan trauma tengok senarai harga di festival makanan, caj tak masuk akal Mana tidaknya, di sesetengah festival makanan Thailand yang dianjurkan, pelbagai menu dan masakan dari negara lain termasuk sajian tempatan turut dijual. “Aku tak faham betul festival makanan Thai ni. Katanya festival makanan Thai, tapi ada jual sushi, carbonara, nasi beriani bagai. “Festival makanan Thai apa macam tu?” soal seorang pengguna di laman X, merujuk kepada makanan tempatan, barat serta dari Jepun yang turut dijual. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi reaksi dan pandangan masing-masing mengenai festival makanan Thai yang sering menjadi bualan ramai itu. Sebagai contoh, terlalu banyak gerai menjual makanan sama, menjadikan penganjurannya kurang unik kerana tiada kelainan. “Satu jenis makanan, tapi jual di dua, tiga gerai. Harga pun boleh tahan (mahal),” komen seorang netizen. Dengan harga yang mengarut, eloklah pergi Thailand terus. NETIZEN Selain menyentuh mengenai keaslian makanan, ada netizen turut mengkritik sesetengah festival yang menawarkan makanan-makanan Thailand dengan harga yang tidak masuk akal. Mereka berpendapat bahawa rasa makanan yang dijual tidak bersesuaian dengan harganya. Antara makanan Thai yang menjadi pilihan ramai. -Gambar hiasan Jika situasi itu mengecewakan kaki ‘food hunting’, apatah lagi mereka yang pertama kali ingin merasai makanan dari Thailand. “Harga satu hal, tak sedap pun satu hal juga. Sebab event kan, macam ‘terkejar-kejar’. “Dengan harga yang mengarut, eloklah pergi Thailand terus,” demikian antara kata netizen. Lebih mengejutkan apabila segelintir peniaga di festival itu menjual makanan yang mudah didapati di kebanyakan restoran tomyam di negara ini. “Tak kurang juga sup utara dan tomyam, serta benda-benda lain yang kita boleh dapat dekat kedai tomyam pada harga yang lebih murah dan lebih sedap,” komen netizen lagi. Setakat ini, hantaran tersebut dikongsi lebih 1,200 kali dan mendapat kira-kira 2,500 tanda suka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube