suria

Baki Touch 'n Go nilai ‘ribu’, top up banyak-banyak untuk apa? Mereka yang berpengalaman kongsi rahsia

Nilai lebih RM1,000 di dalam kad Touch 'n Go mengejutkan ramai.

SETIAP insan mempunyai cara pengurusan kewangan yang tersendiri.

Umum mengetahui tentang kewujudan Touch 'n Go sebagai sistem pembayaran elektronik yang digunakan secara meluas untuk tol, pengangkutan awam, parkir, dan pelbagai perkhidmatan lain.

Namun, baru-baru ini tular video di laman X, menunjukkan seorang lelaki mempunyai baki lebih RM1,000 di dalam kad Touch 'n Go miliknya ketika membuat pembayaran di lorong tol.

Pelbagai kaedah pembayaran disediakan di plaza tol. -Gambar hiasan

Menerusi video tersebut, lelaki yang sedang memandu kereta itu meminta rakannya untuk meneka berapa baki yang akan tertera apabila dia menyentuh kad Touch 'n Go.

"Tak pasti la, mungkin ada RM10, RM20 atau RM30 macam tu kot," jawab rakannya

Walaupun begitu, sebaik sahaja kad Touch 'n Go tersebut disentuh, rakannya terus terkejut apabila mendapati jumlah RM1,102.36 dipaparkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lori berang! Akak tak cukup baki ‘park’ kereta di lorong tol, tunjuk cool... Jalan melenggang macam dalam mall

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan kereta rasa macam dibuli, kawan-kawan kira sama rata kos duit minyak pergi travel - “Saya dah contribute kenderaan”

"Weh 1,000, ko buat apa woi top-up seribu dalam kad Touch 'n Go," soal rakannya tertanya-tanya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut mempersoalkan tujuan mempunyai nilai sebanyak itu di dalam kad Touch 'n Go dan membangkitkan tentang kemungkinan nilai tersebut dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau tiba-tiba kad Touch 'n Go itu hilang atau kena curi, memang untung siapa yang dapat, boleh berjalan percuma ke seluruh Malaysia.

Kenapa ada duit sebanyak tu dalam Touch 'n Go, tak silap aku duit yang dah masuk Touch 'n Go ni tak boleh keluarkan semula sebagai cash.

WARGA MAYA

"Woi separuh daripada gaji bulanan aku dalam kad Touch 'n Go dia je, aku agak terkesan dengan pendedahan ni. Sikitnya pendapatan aku.

"Kenapa ada duit sebanyak tu dalam Touch 'n Go, tak silap aku duit yang dah masuk Touch 'n Go ni tak boleh keluarkan semula sebagai cash," ujar warga maya.

Dalam pada itu, warga maya lain yang pernah menyimpan nilai sebanyak itu di dalam kad Touch 'n Go tampil memberikan penjelasan mengapa mereka berbuat sedemikian.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Aku ingat dulu, aku ikut kawan aku pergi Terengganu atas urusan kerja, sekali dia sentuh Touch 'n Go di tol, hampir RM2,000 juga keluar dekat skrin tu. Bila aku tanya, rupanya tu kad Touch 'n Go syarikat yang client dah top-up.

"Ya betul, biasanya mereka yang selalu kena outstation atau driver company, syarikat akan bagi kad Touch 'n Go macam ni siap-siap. Nanti dah tak perlu claim tol.

"Ada juga yang memang suka masukkan terus 'segedebuk' duit ke dalam kad Touch 'n Go setiap awal bulan, senang nanti dah tak perlu fikir kalau tiba-tiba tak cukup baki," jelas beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain