suria

Murid rebah depan pentas, guru besar cuak! Semuanya hanya ‘drama’, dah rancang awal

Lakonan seorang murid ketika membuat kejutan kepada guru besar sekolahnya dipuji.

BOLEH jadi pelakon dik, real sangat!

Ramai netizen memuji lakonan mantap seorang murid lelaki dikenali sebagai Arif Azfar yang berpura-pura rebah dan pengsan dalam sebuah acara di sekolahnya, baru-baru ini.

Murid itu dipilih sebagai watak utama untuk menjayakan prank dan kejutan sempena hari lahir guru besar sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Basri.

prank

Suasana gamat ketika semua warga sekolah menyanyikan lagu selamat hari lahir buat guru itu.

Menerusi video tular, murid itu dilihat tampil ke hadapan untuk menerima hadiah daripada Cikgu Basri sebelum dia 'berlakon' rebah ke lantai.

Cikgu Basri yang terkejut terus mengangkat kanak-kanak itu sebelum dia dibantu oleh beberapa guru lain untuk membawanya ke tepi dewan.

Dalam suasana kecoh, pengacara majlis turut berlakon dengan bertanya sekiranya pihak sekolah perlu memanggil ambulans bagi membawa murid itu mendapatkan rawatan.

Berikan dia Anugerah Oscar. Jatuh tu macam betul mat.

NETIZEN

"Ya Allah, macam mana ni? Cikgu Faizah guru kelas macam mana? Cikgu Din? Allah, letak tepi. Nak call ambulans ke macam mana ni?

"Satu, dua tiga... Selamat hari jadi, selamat hari jadi," umum pengacara majlis yang bercakap menggunakan mikrofon sebelum nyanyian itu disambung oleh seluruh hadirin.

Ketika semua masih menyanyi, beberapa guru wanita berarak masuk ke dalam dewan sambil membawa sebuah kek dan hadiah untuk Cikgu Basri.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat prank kena pukul tapi pemuda terkejut sendiri, ayah tak buang masa terus call selepas terima mesej ‘gurauan bodoh’ – “Tak sempat saya sambung”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kena tipu la” - Agong tepuk dahi, terhibur kena ‘prank’ dengan lelaki botak pakai rambut Naruto

Dalam sambutan hari lahir yang turut diadakan bersama Majlis Khatam al-Quran itu, Cikgu Basri juga sempat mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang meraikan hari lahirnya.

Video kejutan itu yang dikongsi menerusi laman TikTok meraih hampir 700,000 tontonan.

Namun, individu yang memuat naik video tidak mendedahkan nama sekolah atau tarikh sebenar majlis itu.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meninggalkan pujian dan mengakui terhibur dengan lakonan kanak-kanak berkenaan yang berjaya menjiwai wataknya dengan baik.

prankka

Pujian netizen terhadap murid lelaki itu.

"Berikan dia Anugerah Oscar. Jatuh tu macam betul mat.

"Berikan kanak-kanak itu Anugerah Oscar.

"Perkara macam ni pun boleh buat aku menangis. Selamat hari lahir buat guru besar. Semoga diberikan kesihatan yang baik.

"Pelakon terbaik sekolah ni," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain