SEBAGAI suami, pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk menjana pendapatan lumayan bagi menyara keluarga dan menyediakan kehidupan selesa untuk mereka. Antara usaha yang dilakukan termasuklah mencari kerja di Singapura memandangkan nilai mata wang dolar di negara itu lebih kukuh berbanding ringgit. Salah seorang lelaki rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan sudah berkahwin berkongsi tentang perbelanjaan bulanannya di media sosial. Rakyat Malaysia berulang alik bekerja di Singapura. Dia juga digelar sebagai RUN SGD, iaitu golongan yang berulang alik antara dua negara setiap hari untuk mencari rezeki di Republik itu. "Korang yang kerja di Singapura ni mesti majoriti pendapatan antara RM5,000 dan ke atas selepas convert kan? Jadi, aku nak tanya pendapat sebagai seorang suami," tulisnya menerusi satu hantaran yang dikongsi di grup Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah IPTS ‘merajuk’ gaji tak naik-naik, nekad kerja ‘cleaner’ di Singapura... Balik Malaysia jadi orang kaya ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia kerja di Singapura sorok duit dalam ‘spender’, takut cicir tengah jalan! Mengaku susah, tapi fikir ‘masyuk’ tiap-tiap bulan! Tanpa mendedahkan gaji bulanan, dia memperincikan jumlah komitmen dan tanggungan yang seharusnya dibayar setiap bulan. "Dapat gaji saya bayar... rumah RM1,000, bilik elektrik dan air (RM300), insurans (RM500), ansuran bulanan kereta dan motosikal masing-masing rm500 dan RM450," katanya yang turut memberikan sebanyak RM300 buat ibunya setiap bulan. Lelaki ini mencari kerja untuk menyara kehidupan bersama isteri. -Gambar hiasan Dia yang juga tidak memberitahu pekerjaan yang dilakukan di Republik itu kemudian berkongsi jumlah nafkah yang diberikan kepada isterinya. Lelaki itu memberitahu, dia mengadakan perbincangan bersama isteri mengenai nafkah yang diberikannya setiap bulan iaitu sebanyak RM800. "RM800 ni bersih, dia tak perlu bayar atau beli apa-apa sebab saya cakap keperluan rumah, barang dapur dan lain-lain, saya akan ikut sama-sama pergi beli dan bayarkan. "Kalau keluar nak makan apa-apa, saya bayarkan," katanya lagi. Kalau aku lebih dari syukur, kau sendiri kerja di Singapura. NETIZEN Namun katanya, isteri tidak bersetuju dengan jumlah nafkah tersebut yang menjangkakan menerima antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan. "Isteri saya cakap RM800 nafkah tu tak cukup. Apa pendapat isteri-isteri dalam ni? Tak cukup lagi ke yang saya bagi tu? By the way, isteri saya pun kerja di Singapura," soalnya. Seorang isteri membuat perkiraan tentang nafkahnya. -Gambar hiasan Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap isteri lelaki itu yang dianggap tidak bersyukur dan bersifat terlalu 'demanding'. "RM800 banyak wey. Kalau simpan elok-elok, silap-silap boleh buat rumah sebuah lagi. Bersyukurlah kak. RM2,000-RM3,000 kau nak, kau kahwinlah dengan jutawan. "Kalau aku lebih dari syukur, kau sendiri kerja di Singapura. Apa lagi yang kau tak cukup eh, tak faham aku. "Besar rahmat dah suami bagi RM800 sebulan tu. Bukan duduk rumah pun, sama-sama bekerja pula tu," komen netizen. Pada masa sama, gaji sebenar si suami turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen berikutan isterinya mengharapkan nafkah yang jauh lebih tinggi. "Cuba beritahu specific gaji anda. Ni gaji pun tak beritahu yang sebetulnya. Isteri anda tak akan saja-saja nak minta RM2,000-RM3,000 kalau gaji anda setakat RM5,000. "Sebab isteri anda je yang kenal anda. Mesti lebih lagi, sebab tu dia berani minta," kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube