SEBUT sahaja tentang makanan jalanan, pasti ramai terliur terbayangkan beraneka juadah dan snek yang sedap. Menerusi satu video tular di media sosial, nasi goreng kawah yang dimasak oleh seorang pemuda menarik perhatian ramai kerana cara penyediaannya lain daripada yang lain. Pada masa sama, ramai juga terkejut kerana tukang masak itu meletakkan sepaket garam dan bersudu-sudu gula dalam nasi gorengnya. “Masin nasi goreng tu,” komen netizen di laman TikTok. Ramai yang mempersoalkan kenapa peniaga tersebut meletakkan begitu banyak garam dan gula dalam masakan, namun ada juga yang menganggap kuantiti itu biasa bagi masakan bersaiz kawah. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Menurut mereka, sebagai tukang masak berpengalaman, sudah tentu dia mengetahui sukatan setiap bahan yang dimasukkan dalam masakannya. “Yang tak pernah buat nasi goreng kawah macam ni mesti cakap masin, aku tengok normal je. “Tukang masak dia dah bajet cukup-cukup biar cukup rasa. Nampak je banyak, tapi dah kena sukatan,” demikian jawab yang lain. Turut tular di platform media sosial lain seperti X, terdapat pengguna yang berkongsi semula rakaman berdurasi kira-kira tiga minit itu. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga nasi bajet RM3.50 kena marah gara-gara jual murah, dituduh tutup rezeki orang - “Awak kena naikkan harga!” ARTIKEL BERKAITAN: Gerai nasi lemak bentang 20 meter karpet merah sambut pelanggan... Terus ‘feeling’ macam artis nak ambil anugerah! Selain penggunaan garam dan gula yang dikatakan banyak itu, turut menjadi perhatian adalah sayur yang digunakan dalam nasi goreng itu. “Orang yang complain sebab dia letak garam sepaket dengan gula bersudu-sudu tu, ada pengalaman goreng nasi satu kawah tak? “Aku tak ada isu dengan gula dan garam tu, cuma kenapa letak tauge dalam nasi goreng? Manusia berakal tidak akan letak tauge dalam nasi goreng,” tulisnya, merujuk tindakan tukang masak memasukkan timbunan tauge ke dalam kawahnya. Aksi bersahaja tukang masak turut menjadi tumpuan ramai. Rata-rata bersetuju dengan 'isu' yang dibangkitkan kerana bagi makanan tempatan, biasanya tauge sering dijadikan bahan dalam sajian seperti mi, bihun atau kuetiau goreng. “Dah kenapa letak tauge dalam nasi goreng? Ingat cucur udang ke apa? “Walaupun aku suka tauge, tapi tauge dalam nasi goreng aku tak pernah pula rasa,” demikian antara komen netizen. Soal makan ni amat subjektif. Pelik pada kita, tak pelik pada mereka. NETIZEN Malah, ada yang menyangka ia adalah nasi goreng kerabu yang kebiasaannya diletakkan tauge. Video makanan jalanan yang dipercayai dirakam di sebuah gerai di Indonesia itu dimuat naik di TikTok sehingga meraih lebih 12 juta tontonan termasuk dalam kalangan netizen Malaysia. Kebiasaannya tauge diletakkan dalam makanan bukan berasaskan nasi seperti mi goreng. Lokasi tapak jualannya sekali gus menjawab persoalan mengenai penggunaan tauge dalam nasi goreng kerana ia sudah tentu disediakan mengikut selera dan cara masyarakat tempatan di negara jiran. “Itu kan negara seberang. Kat sana memang nasi goreng ada yang letak tauge. Bukan sebab sesuai atau tak tapi sebab itulah kemampuan mereka untuk membeli nasi goreng yang murah. Tauge adalah pilihannya. “Soal makan ni amat subjektif. Pelik pada kita, tak pelik pada mereka. Kita tak makan sudah, tapi jangan menidakkan selera orang lain yang nak makan. Elok saja terima perbezaan dengan meraikan tekak orang, bukan ikut tekak sendiri saja. “Asalkan nasi goreng yang dimasak masa dihidangkan tak rasa hangit kuali sudahlah. Macam nasi goreng kat kafe hipster tu, geng geng dia puji cakap sedap. Hakikat nasi goreng rasa hangit kuali,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube