SEORANG suami seharusnya menjadi sistem sokongan yang terbesar untuk isteri. Namun, melalui satu luahan tanpa nama di laman Facebook, seorang isteri menzahirkan kekecewaan dengan suaminya yang dianggap tidak mempunyai sensitiviti. Menurut wanita itu, hatinya terguris apabila si suami tanpa rasa bersalah berjenaka tentang kesukaran mereka untuk menimang cahaya mata. Salah faham dalam rumah tangga harus dibincang dengan sebaiknya. -Gambar hiasan "Saya dan suami ada seorang anak berusia 7 tahun. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan anak kedua tapi masih belum ada rezeki. Untuk pengetahuan, saya keguguran pada tahun 2020. "Dan sampai sekarang masih berikhtiar mendapatkan cahaya mata (trying to conceive). Baru-baru ni, saya dengan suami sedang sarapan di kedai makan. Suami tanya nak air apa, saya cakap nak kopi ais. "Suami pun berlalu pergi dan kemudian datang semula dengan minuman yang saya minta. Apabila dia nak letak air atas meja, dia tergamak cakap macam ni, minum ais pagi-pagi, sebab itulah mandul. ARTIKEL BERKAITAN: Suami bawa isteri hamil hidu tayar.... Pemuda pertikai ‘special’ wanita, lelaki asyik kena jadi pak turut! Anggap dunia tak adil ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali keluar ‘dating’, wanita marah-marah dijemput naik Myvi... Geram tiada Mercedes! - “Aku tak suka kereta ni!” "Saya dengar dengan sangat jelas dan saya tak sangka ayat tu keluar daripada mulut suami. Saya siap tanya lagi, apa dia bang? Mandul? Dan suami jawab, ya, sebab itulah mandul," cerita wanita itu terkedu. Tambahnya lagi, kata-kata si suami itu meninggalkan parut yang mendalam dalam hatinya. "Saya sampai menggigil nak suap makanan masuk mulut, air mata ni dah berjuraian. Nak cakap apa pun tak keluar dari mulut. Paling saya terluka hati, suami tak minta maaf pun. Ada petanda yang suami nak tambah cawangan lagi (madu), sebab tu dia duduk cari salah puan. WARGA MAYA "Dia pertahankan lagi tindakan dia tu, dia cakap itu cuma nasihat dan bukan tuju dekat saya. Saya juga disalahkan sebab katanya jenis tak boleh terima nasihat. "Kalau orang lain cakap mungkin saya boleh terima lagi, tapi ayat ni keluar daripada mulut suami saya. Apa yang saya patut buat ni?" ujar wanita itu buntu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyebelahi wanita tersebut dan beranggapan suaminya itu tidak layak diberikan peluang kedua. Sebahagian komen warga maya. "Ada petanda yang suami nak tambah cawangan lagi (madu), sebab tu dia asyik cari salah puan. Nak bagi puan nampak lemah tak mampu penuhi kehendak dia. "Patut tampar terus je lelaki macam ni, dah ada anak seorang tu bersyukur la. Apa yang dia nak lagi, belum rezeki kan. "Puan sendiri cakap puan pernah keguguran, benda tu meninggalkan trauma yang mendalam. Suami patutnya beragak apabila nak bercakap topik yang berkaitan kehamilan." kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube