PASANGAN suami isteri pastinya tidak pernah lekang daripada ujian dalam kehidupan berumah tangga. Begitulah yang dialami seorang wanita selepas dia dibuang kerja, baru-baru ini. Lebih menyedihkan apabila wanita malang itu kehilangan pekerjaan ketika hamil 12 minggu. “Saya tengah dalam fasa kesusahan dan hanya mampu berniaga laksa di Padang Jawa (Selangor) sahaja. “Pada masa sama, saya ambil upah seterika baju bundle dengan bayaran 50 sen sehelai,” luahnya sayu. Segelintir peniaga mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran. -Gambar hiasan Menurutnya, kesukaran itu bermula selepas suaminya terlibat dalam kemalangan sehingga tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan selama sebulan akibat kecederaan yang dialami. Bagaimanapun katanya, selepas suami kembali bekerja, gaji yang diperoleh masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta fasakh, tak sanggup bela suami lumpuh... Rupanya madu pun nak ‘angkat kaki’, cepat-cepat fail cerai! ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak mampu beli beras, hantar anak isteri balik rumah mentua... Paling sedih kawan-kawan pinjam RM400,000 tapi tak bayar “Perkara paling teruk yang perlu dihadap adalah gaji memang tak lepas apa-apa pun,” katanya yang mempunyai dua cahaya mata berusia tiga dan lima tahun. Dia kemudian merayu kepada rakan-rakan di media sosial supaya memberi sokongan dengan menempah laksa yang dijualnya termasuk untuk tujuan sedekah. Menurutnya, ia merupakan jalan terakhir yang boleh dilakukannya demi untuk menyara kehidupan bersama anak-anak. Luahannya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar di laman X. Struggle is real zaman sekarang. WARGA MAYA “Apabila baca kisah dia betul-betul rasa terpukul... lagi aku terasa sebab isteri aku pun mengandung. “Aku juga pernah berada dalam situasi struggle apabila ada anak dan aku percaya Allah akan beri ruang serta jalan keluar dari dugaanNya,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, ramai golongan peniaga yang berhadapan masalah kewangan tampil mempromosikan produk jualan masing-masing. Prihatin dengan nasib para peniaga, pelayar X itu turut membantu mengetengahkan jualan mereka supaya mendapat perhatian pengikutnya. Warga maya memberi kata-kata sokongan. Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah ditimpa kesusahan dan bangkit untuk berjaya. “Adalah satu kesalahan mana-mana majikan memecat seorang pekerja wanita yang sedang hamil kecuali atas sebab displin atau tamat kontrak. Apa pun boleh rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja berhampiran. “Struggle is real zaman sekarang. Semoga kita semua mampu menghadapinya dengan baik. “Saya pernah kerja satu tugasan 80 sen hingga RM1, sehari paling kuat pun 20 hingga 30. Itupun ambil masa panjang dan menyeksa otak tapi rasanya lagi best seterika baju tak pakai otak dan sehari dapat RM50, semoga dimudahkan urusan,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube