MELANJUTKAN pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Ada keluarga yang terpaksa bergolok-bergadai demi melihat anak kesayangan belajar hingga ke menara gading. Menerusi satu perkongsian seorang wanita berusia 27 tahun, ibunya sanggup menjual tanah peninggalan bapa demi melihat dia melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan. Lebih-lebih dia merupakan anak sulung, sudah pasti ibunya meletakkan harapan tinggi untuk melihat dia berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adiknya. Wanita gemar meluahkan perasaan di media sosial. -Gambar hiasan The Star Faihan Ghani Menurut wanita itu, dia mengakui kehidupannya sejak kecil adalah sangat susah umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. "Mak adalah ibu tunggal, ayah meninggal masa saya usia tiga tahun manakala adik baru dua bulan. Kami membesar dengan hasil jualan nasi lemak sehingga dapat rezeki sambung belajar. "Hasil jual tanah yang sedikit itu mak guna untuk sewa kereta dan upah orang hantar aku belajar, beli laptop serta keperluan belajar yang lain," ujarnya. Mengulas lanjut katanya, keputusan untuk menyambung pengajian bagaimanapun dihalang oleh ibu dan bapa saudaranya kerana menganggapnya hanya membebankan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Surat hutang Mara kejutkan keluarga! ‘Kejar’ arwah bapa sebab jadi penjamin, peminjam 1 sen pun tak pernah bayar ARTIKEL BERKAITAN: Makcik tak sanggup tinggal anak buah baru kematian bapa, buat kejutan bercuti ke Korea! Suruh cuba baju sejuk cuma helah Malah, mereka turut berkeras untuk tidak membantu sekiranya hasrat berkenaan diteruskan. "Pakcik makcik tak setuju aku nak sambung belajar sebab menyusahkan. Pakcik cakap tak akan tolong sesen pun untuk sambung belajar sedangkan dia kaya. "Mereka anggap tak guna sambung belajar dan lebih baik kahwin sahaja. Jadi mak jual tanah berbanding pinjam daripada makcik dan pakcik aku," katanya yang bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian pada 2014. Dengan kelulusan universiti itu, wanita berkenaan berjaya mendapatkan pekerjaan yang stabil sekali gus mengubah kehidupan dan nasib mereka sekeluarga. Sesetengah orang memang busuk hati tak boleh tengok orang lain susah jadi senang. WARGA MAYA Ibunya yang dahulu bersusah-payah menjual nasi lemak sebagai sumber pendapatan, kini mampu hidup senang dan selesa dengan hasil titik peluhnya pula. Tanpa diduga, ibu dan bapa saudaranya yang membantah pengajiannya di universiti itu tiba-tiba berkunjung ke rumahnya baru-baru ini bagi menuntut hutang. "Tiba-tiba makcik pakcik aku datang tuntut hutang yang dikatakan mak aku pinjam masa nak sambung belajar. Sedangkan duit yang diterima adalah duit jual tanah tapi mereka cakap tu duit pinjam dan minta dibayar. "Aku yakin yang mak tak pinjam sebab mak selalunya akan catat dalam satu buku. "Lagipun mereka kedekut, macam mana boleh pinjamkan jumlah yang besar? Dulu pernah putus duit dan minta pinjam RM50 pun tak bagi untuk beli lauk, seminggu kami makan lauk air garam," ujarnya sayu. Antara reaksi netizen. Luahannya itu dikongsikan seorang pelayar X yang beranggapan, makcik dan pakciknya itu akan terus meminta duit demi memuaskan hati mereka. “Jangan bayar. Bergaduh dan bersedia nak putus saudara sebab duit. Sekali bagi, mereka akan minta lagi lepas ni. Percayalah,” katanya menerusi satu ciapan. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan pelayar X berkenaan. "Gaduh je, kemudian ungkit balik yang mereka tak tolong semasa susah. Mesti rasa lega lepas tu. "Minta dokumen perjanjian atau transaksi duit dengan pakcik makcik tu. Pastikan mereka tahu yang you are well verse about legal, acah-acah pun tak apa... sesetengah orang memang busuk hati tak boleh tengok orang lain susah jadi senang. "Hitam putih tak ada jangan bayar, minta mereka buktikan duit tu pinjaman... kalau tak ada boleh abaikan. Buat apa bayar kalau boleh gaduh? "Situasi sama macam aku juga, cuma aku maki hamun dalam group WhatsApp famili besar siap ugut datang nak lempang dia kat rumah. Jadi, jangan sesekali berlembut dan bersedia untuk bagi sedas (penumbuk) kalau melampau sangat," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube