UNTUNG rugi merupakan lumrah biasa yang dihadapi setiap peniaga. Namun, mereka juga perlu bijak menyusun langkah agar tidak ditipu dan dianiayai oleh para pelanggan serta orang sekeliling. Terbaharu, seorang peniaga dikenali sebagai D Kaseh Kaseh tular selepas berkongsi kisahnya yang menerima tempahan 4,500 cromboloni sejuk beku. Antara pastri lain yang dijual wanita itu. Peniaga wanita itu bernasib baik apabila dia tidak menyiapkan tempahan kerana pelanggan yang menghubunginya akhirnya sepi menghilangkan diri. "Allah sayangkan saya. Ada dua ke tiga orang pembeli nak beli cromboloni frozen dalam kuantiti yang banyak. Nak 4,500 biji dalam kadar segera. Kami pun deal, jadi dia confirm nak dan sanggup datang ambil. "Saya pun tak gelojoh sebab saya genuine businesswoman. Maka setiap order perlukan 50 peratus deposit. Ia sebagai security syarikat kami. Apabila invois dibuka dan minta bayaran deposit, WhatsApp tak dibalas. Bila dua kali WhatsApp saya hanya bluetick maka saya anggap beliau tidak berminat nak berurus niaga. D KASEH KASEH "Hanya bluetick (seen) saja. WhatsApp kali kedua dihantar pada hari yang lain pun sama hanya bluetick sedangkan sebelum ini kejap-kejap (chat) tanya hal order mereka," ceritanya. Menurut peniaga itu, dia terselamat daripada ditipu pelanggan kerana sikapnya yang tidak terlalu mengejar keuntungan, apatah lagi dalam nilai yang begitu besar. Menerusi perkongsiannya, dia turut menitipkan pesan kepada para peniaga lain agar lebih berhati-hati setiap kali berurusan dengan pembeli. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kecewa beli cromboloni viral tak sama seperti iklan, makin geram peniaga bagi alasan ‘homebaker’ - “Saja suka-suka ambil order” ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah tak sedap hati! Peniaga ditipu cara mudah, pelanggan order 720 set lunch, makan malam tapi tak datang ambil "Apabila dua kali WhatsApp saya hanya bluetick maka saya anggap beliau tidak berminat nak berurus niaga. Saya pun taklah gilakan order sangat sebab nilai dia sangat besar. "Maaf ya segala urus niaga dengan saya perlukan deposit dan terus bayar. Jika takut nak bayar saya, nanti tiba-tiba barang tak ada atau takut kami scam, tak perlu risau. "Sebab semua orang tahu dan awak pun boleh tahu di mana central kitchen kami dan dah berapa lama kami berniaga. Jadi hati-hati pada supplier cromboloni frozen dengan pembeli begini. Tolong minta deposit sebelum terima order," ujarnya. Peniaga ini tular selepas berkongsi kisahnya yang nyaris ditipu. Perkongsian wanita itu menerima 20,000 tanda suka "Tindakan yang bagus. Saya pun buat begitu untuk servis. Segala hal yang ada transaksi wang, saya akan buat begini. No money, no talk. "Tak letak deposit, ibarat serah leher untuk disembelih. "Mungkin sekadar nak sabotaj bisnes puan.. Syukur puan tegas," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube