suria

Penunggang motor jumpa ular tedung selar dalam helmet... Ramai beri amaran, patukan si anak lebih berbisa!

Tangkap layar memaparkan anak ular tedung berada di dalam topi keledar.

HAIWAN berbisa seperti ular mahupun lipan sering memasuki rumah dan bersembunyi di kawasan gelap serta sempit.

Selain itu kita juga sering dikejutkan dengan penemuan hidupan berbisa berkenaan di dalam bonet atau but kereta.

Bagaimanapun baru-baru ini tular di media sosial video seekor anak ular tedung ditemukan bersembunyi di dalam topi keledar.

Anak ular turut mengembangkan bahagian kepala ketika keluar.

Anak ular turut mengembangkan bahagian kepala ketika keluar.

Salah seorang individu dipercayai pemilik topi keledar berkenaan cuba melihat bahagian dalam topi keledar sebelum seekor anak ular keluar sambil mengembangkan kepala dan bersedia untuk mematuk.

Menerusi perkongsian semula di laman X, pengguna platform itu menasihatkan orang ramai agar berhati-hati setiap kali memakai topi keledar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ular sawa baik punya ‘lepak’ dalam bonet kereta, memang seriau! Tapi ada pula terbayang beg Christian Dior

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cemas terpaksa tarik ular melekat di bontot ketika buang air besar! Selepas 2 minggu jumpa serpihan gigi si batik dalam isi punggung

“Ular besar mana muat masuk helmet. Anak ular? Ular tedung pula tu? Meremang bulu aku tengok.

“Lipan, penyengat, kerengga... semua muat! Helmet, jangan kau letak bersepah ya sahabat-sahabat ku,” ujarnya turut memberi nasihat.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan anak ular tedung lebih berbahaya berbanding tedung dewasa.

Aduh, dah satu hal nak check helmet setiap kali nak pakai.

WARGA MAYA

Ia berikutan, haiwan yang lebih muda dikatakan tidak dapat mengawal kuantiti bisa yang dirembeskan semasa mematuk.

“Anak tedung lagi bahaya daripada maknya. Mak tedung boleh control jumlah bisa yang dikeluarkan, tapi anak tedung tak pandai control, jadi ia akan all out keluarkan semua bisa.

“Tengok yang kecil ni pun dah meremang, apatah lagi yang besar tengok depan mata dalam bilik sendiri, toilet dan ruang tamu... moga dijauhkan, perit dah.

“Memang patut pun bunuh dulu. Rupanya anak ular lagi bahaya... ada uncle tu cakap jangan bunuh nanti kena sumpah tujuh keturunan, aku kalau kena patuk, satu keturunan pun tak ada tau,” ujar beberapa warga maya.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Bagi penunggang pacuan dua roda, kebanyakannya meluahkan kebimbangan apabila melihat video tersebut.

Malah ada yang menyarankan supaya topi keledar disimpan di dalam rumah bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

“Sekarang dah jadi takut nak pakai helmet.

“Mak aku pernah ada pengalaman, tengah bawa motor tiba-tiba gelupur ke bahu jalan sebab ada benda sengat dalam helmet... sekali buka lipan bara melingkar atas kepala.

“Aduh, dah satu hal nak kena check helmet setiap kali nak pakai.

“Pastikan periksa helmet dulu sebelum pergi kerja,” tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain