suria

Anak-anak bertelagah rebut rumah pusaka, tanah sekangkang kera... Wasiat ‘aneh’ tinggalan arwah jadi punca

Harta pusaka sering menjadi isu dalam kalangan waris. -Gambar hiasan

ISU perebutan harta atau tanah pusaka sering berlaku dalam sesebuah keluarga selepas kematian ibu dan bapa.

Perkara sama juga menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang hingga bermasam muka antara satu sama lain.

Baru-baru ini seorang ejen hartanah dari Perak dikenali sebagai Rubi Hasman berkongsi beberapa kisah yang pernah dilaluinya membabitkan rumah serta tanah pusaka.

"Apabila berada dalam bidang ni, saya banyak sangat jumpa pewaris hartanah yang serba salah nak jual rumah pusaka mak atau ayah mereka.

Golongan ibu bapa biasanya meninggalkan harta pusaka kepada anak-anak sebelum meninggal dunia. -Gambar hiasan

"Dengan alasan dulu mak ayah pernah pesan jangan jual rumah ni. Duduk la ramai-ramai. Tapi sedar atau tidak, kadang-kadang pesanan macam ni membuatkan orang yang masih hidup berpecah belah," ujarnya memulakan bicara.

Menurut Rubi, sebuah keluarga mula berbalah apabila rumah peninggalan arwah bapa mereka hanya menguntungkan satu pihak sahaja.

"Rumah ada sebuah je. Adik-beradik ada tujuh orang tapi yang duduk situ adalah anak keempat. Anak keempat duduk percuma sahaja.

"Yang lain lain semua kena menyewa. Maka bergaduhlah sesama mereka, sebab hak yang lain ada juga dalam tu," cerita Rubi lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya dunia nak kiamat, makcik jual semua harta! Kini kena duduk di pondok, dulu pernah sindir Ustaz Kazim

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ tak tinggal harta, 6 beradik tak serabut fikir faraid! Kereta jual masa sakit, yang ada cuma baju-baju bundle RM5

Cerita Rubi lagi perkara sama berlaku bagi sebuah keluarga lain hingga melibatkan dua generasi bertelagah hanya kerana sedikit harta yang ditinggalkan.

"Kisah lain pula adik-beradik ada 12 orang. Empat orang dah meninggal. Cucu-cucu menuntut hak mereka terhadap tanah yang sekangkang kera sahaja. Maka masing masing masam muka dan berbalah.

"Ada yang berpendapat jual dan bahagi je duit. Ada yang berpihak dengan pendapat jangan jual. Kenangkan pesanan ayah suruh duduk sama-sama.

"Tapi mana mahunya nak duduk 12 beradik atas tanah 5,000 kaki per segi sahaja. Jenuh kena buat apartment la," ujarnya.

Jangan tinggalkan pesanan yang aneh-aneh untuk mereka yang terdekat dengan kita.

RUBI HASMAN

EJEN HARTANAH

Mengambil contoh senario lain pula, Rubi berkata dia juga pernah berdepan situasi di mana tanah dan rumah yang diwariskan kepada anak-anak terbiar tanpa pemantauan.

Situasi ini berlaku kerana waris 'terikat' dan berpegang kepada pesanan arwah ibu atau bapa agar terus memelihara harta pusaka walaupun anak-anak sudah membawa haluan masing-masing.

"Kisah lain lagi... arwah ayah pernah berpesan untuk sama-sama duduk rumah tu. Adik-beradik lima orang. Masing-masing duduk jauh, tak sempat nak kisahkan rumah tersebut.

"Si angah nak jual, yang lain tak bagi dengan alasan amanah ayah yang dahulu. Maka rumah ditinggalkan menjadi sarang matpit (penagih), sampah dan akhirnya dah tak macam rumah.

Perbalahan dalam kalangan adik beradik mengenai pembahagian harta pusaka sering berlaku. -Gambar hiasan

"Apabila jual pula, ada mulut-mulut yang kata tengok tu anak si polan tu. Penat arwah ayah dia bina harta. Dapat dekat anak anak main jual je. Nak adil memang susah. Tapi inilah cara yang paling adil," kata Rubi.

Tegas Rubi, perkongsiannya ini adalah untuk dijadikan pengajaran bersama mengenai wasiat atau amanah yang bakal ditinggalkan selepas mati.

Katanya, adalah lebih baik untuk tidak meletakkan hajat atau syarat yang sukar untuk dilaksanakan oleh anak-anak setelah kematian ibu bapa.

"Pengajaran untuk diri saya sendiri. Jangan tinggalkan pesanan yang aneh-aneh untuk mereka yang terdekat dengan kita.

"Takut nanti apabila kita dah tiada, susah mereka nak tunaikan hajat kita," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain