KELAHIRAN bayi merupakan penyeri dalam rumah tangga yang menjadi detik paling gembira untuk setiap pasangan. Namun, masih terdapat segelintir suami tidak peka dengan keadaan isteri yang memerlukan sokongan dari segi mental dan fizikal selepas bersalin. Terpalit dengan situasi berkenaan, seorang wanita meluahkannya di laman X mengenai sikap suaminya yang tidak membantu menguruskan bayi mereka yang baru berusia sebulan itu. Isteri berpantang memerlukan penjagaan rapi. -Gambar hiasan "Esok (Ahad) genap sebulan usia bayi saya dan sebulan jugalah saya bersalin secara pembembedahan caesarean (C-Pembedahan). "Sepanjang sebulan ni, tak pernah sekali pun suami bangun malam masa anak menangis. Jarang sekali nak tolong saya uruskan bayi. "Paling tidak mungkin tolong saya cucikan botol susu sementara saya tenangkan anak tengah nangis? Tidak langsung, dia jarang nak buat semua tu," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat semua sendiri! Suri rumah kena bijak sediakan ‘to do list’, agih tugasan rumah dengan suami dan anak ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu bini pemalas! Kerja rumah tak buat, cuma pandai shopping online - “Tak mandi seharian, di luar sangat bergaya” Berkongsi cerita, wanita itu mendedahkan sikap suaminya yang sering menghabiskan banyak masa dengan permainan video, sekali gus menjadi punca kepada isu yang berlaku. Dia bagaimanapun mengakui tabiat suaminya sebenarnya sudah diketahui sebelum mereka berkahwin dan perkara tersebut dipersetujuinya tanpa berfikir panjang mengenai kesan akibat ketagihan bermain itu. "Mungkin semua ni salah saya sebab kahwin dengan lelaki yang selalu main Mobile Legends, PES (Pro Evolution Soccer), PUBG (PlayerUnknown's Battlegroud). "Saya tahu dia kaki game sebelum kahwin lagi tapi sebab sayang jadi saya tetap kahwin dengan dia. Bila satu masa tu suami gendong anak sebab saya minta tolong, anak menangis teruk sangat. Selepas habis pantang saya nak bincang elok-elok dengan suami tentang masa depan hubungan ni. ISTERI "Mungkin anak saya ingat suami tu orang asing sebab dia (anak perempuan) tak biasa dengan bau kot. Jadi macam ni agaknya rasa ia bila ibu tunggal kena jaga anak bersendirian," ujarnya. Memikirkan semula mengenai masa depannya dan anak yang baru lahir, wanita itu kemudian bersemuka dengan suaminya bagi membincangkan tentang isu rumah tangga mereka. Menurutnya, dia lebih rela berpisah sekiranya lelaki yang dikahwininya itu masih tidak serius menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. "Selepas habis pantang saya nak bincang elok-elok dengan suami tentang masa depan hubungan ni. Kalau dia tak mampu nak tinggalkan game dia, lebih baik kami berpisah. "Sebab saya dan anak perempuan sudah pasti boleh teruskan jalani kehidupan tanpa dia sebab kami sudah pun 'berlatih' benda tu sebulan yang lepas," jelasnya. Antara komen netizen. Luahan itu meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib wanita berkenaan. Rata-ratanya menyarankan wanita itu 'mengajar' suaminya supaya membantunya menguruskan anak berbanding membuat pilihan untuk bercerai. "Cuba bawa berbincang dulu. Lepas tu tengok apa reaksi dia. Manusia boleh berubah. Suami saya pun dulu kaki game. "Yang jenis tak tidur dua hingga tiga hari main game. Tapi alhamdulillah selepas ada anak, dia yang jaga semua. Mula dari pantang sampai anak-anak sudah besar," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube