suria

Macam airport, majlis persaraan guru besar meriah! Kreatif tema bercuti, cikgu sporting jadi pramugari dan pilot

Majlis persaraan guru besar itu disambut meriah oleh para pelajar dan pendidik lain.

MOOD nak pergi bercuti! Begitulah kemeriahan majlis persaraan guru besar yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuang Hwa di Kuantan, Pahang.

Menarik perhatian ramai di media sosial, perkongsian video Rumoh.Kome di TikTok, majlis yang dihadiri para guru dan pelajar itu bertemakan percutian dan lapangan terbang berikutan guru besar mereka suka pergi bercuti.

Rakaman video menunjukkan suasana seperti di lapangan terbang dengan dekorasi kaunter tiket, pasport, tiket penerbangan untuk penumpang.

Malah, terdapat pemeriksaan keselamatan juga papan tanda bertulis 'check in' (daftar masuk).

Pelajar memberikan 'pasport' dan 'tiket penerbangan' kepada tetamu.

"Majlis persaraan guru besar sekolah saya. Disebabkan guru besar saya suka pergi bercuti, jadi sekolah pun buat keputusan untuk buat tema percutian," tulisnya menerusi perkongsian video.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan guru-guru yang 'sporting' memakai kostum pramugara dan pramugari termasuklah juruterbang yang membawa bagasi berjalan masuk ke dewan.

Suasana seperti berada di dalam pesawat, terdapat simulasi serta taklimat pemakaian jaket oleh murid-murid serta pemberian makanan yang dibawa atas troli diagihkan kepada tetamu yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru besar tinggal dalam stor sempit dari mula berkhidmat sampai bersara, semuanya demi anak bangsa!

ARTIKEL BERKAITAN: Acik cleaner bersara dirai macam guru besar! Duduk di seat belakang, ada driver hantar balik... Paling terharu murid bagi RM2

Apa yang lebih menarik, guru besar berkenaan yang bernama Puan Gan turut dirai menerusi gimik 'berlepas ke udara' dengan menaiki kren pengangkat (skylift) yang dihiasi belon berwarna-warni.

Difahamkan, penganjuran majlis persaraan itu dengan tema begitu unik itu merupakan idea dan cadanga daripada penolong kanan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ahli lembaga sekolah.

"PIBG kami... bila mesyuarat sendu juga. Tapi kami okay je sebab bab bayaran mereka sangat tak ada masalah.

Dekat sekolah pun sudah memadai. Yang penting kreatif dan pandai cari dana.

NETIZEN

"Lagipun kami ada ahli lembaga pengarah yang selalu bantu dari segi perbelanjaan sekolah juga. Itu yang tak susut duit," ujarnya.

Video yang dimuat naik di TikTok itu meraih perhatian ramai dengan lebih 500,000 tontonan.

Rata-rata netizen turut teruja menyaksikan keseronokan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dan para pelajar dalam menjayakan majlis persaraan guru besar itu.

Suasana majlis yang berlangsung di SJKC Kuang Hwa.

"Tengok, sebenarnya tak perlu buat majlis dekat hotel. Dekat sekolah pun sudah memadai. Yang penting kreatif dan pandai cari dana.

"Hebat majlis persaraan guru besar ni. Rindunya sekolah rendahku. Harap suatu hari nanti dapat tukar mengajar dekat sini.

"Akhirnya ada juga yang buat lain dari yang lain. Kalau tak, asyik tema kahwin je bila majlis persaraan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain