KUCING berwarna oren yang digelar sebagai Oyen, begitu sinonim dengan keletahnya yang sering dikongsikan di media sosial. Namun, kisah seekor kucing oren yang tular baru-baru ini membuatkan sesiapa sahaja sebak dan tersentuh. Menerusi perkongsian Nash Axis di TikTok, kucing bernama Oyen itu membuktikan kesetiaan si bulus kepada manusia sememangnya berlaku. Tangkap layar rakaman video mengenai Oyen di tanah perkuburan. Menurutnya, si Oyen akan mengiringinya setiap kali menziarah pusara nenek yang digelar Tok Ma, dan seperti mengetahui di mana lokasinya di tanah perkuburan. "Setiap kali pergi ziarah Tok Ma dekat kubur, Oyen inilah yang akan sambut dan bawa kami ke kubur," ujarnya. Di sebalik kesetiaan seekor kucing itu, rupanya ada kisah mengenai arwah nenek yang tidak disangka-sangka Menurut wanita itu, neneknya merupakan pencinta haiwan yang membela kucing sebagai peneman semasa hayatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 tahun kucing tak jemu ziarah kubur tuannya, hanya balik masa lapar... menantu dedah kebaikan arwah bapa mentua - “Abah tak manjakan Nana pun” ARTIKEL BERKAITAN: Oyen tak lalu makan, asyik mengiau-ngiau hidu tempat abah selalu baring... Wanita ini cuba ikhtiar, bawa ziarah pusara arwah ubati rindu "Tok Ma semasa dia hidup suka bela kucing, dan sekarang Oyen inilah peneman Tok Ma dekat kubur," ujarnya. Rakaman video yang meraih lebih 300,000 tontonan itu menunjukkan kepintaran si Oyen menunjukkan jalan ke pusara Tok Ma. Walaupun haiwan diketahui tidak mempunyai akal, namun Oyen membuktikan 'kebolehannya' menunjukkan pusara dengan betul. Malah, setiap percakapan yang dikeluarkan oleh wanita itu seperti disambut baik kucing tersebut sepanjang oleh perjalanan ke pusara nenek. "Oyen bawa pergi dekat kubur Tok Ma. Tunjuk... nak pergi kubur Tok Ma ni. Yang mana satu kuburnya? Sedihnya, sampai kurus dia rindu. NETIZEN "Mana kuburnya, Oyen? Oh ini kuburnya, pandai Alhamdulillah. Assalamualaikum Tok Ma," kata Nash yang membuat rakaman. Perkongsian video itu bukan sahaja menyentuh hati netizen, malah ada yang turut bersimpati dengan Oyen. Keadaan fizikal si bulus itu yang kelihatan agak kurus mengundang kesedihan dalam kalangan netizen. Antara komen netizen. "Sedihnya, sampai kurus dia rindu. "Tunjuk video yang ada Tok Ma dekat Oyen tu. Dapatlah dia hilangkan rindu. "Kucing pun pandai berjalan di antara kubur. Manusia kadang-kadang pijak atas kubur pun ada," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube