suria

Wanita tak kisah kongsi kasih, pujuk pasangan cari ‘madu’... Ramai tegur jangan pelik-pelik, nanti meroyan

Wanita ini memujuk pasangannya untuk hidup 'bermadu'.

SIAPA sangka, seorang wanita meluahkan keinginannya kepada pasangannya untuk berkongsi kasih dengan perempuan lain.

Kedengaran tidak masuk akal, namun itulah permintaan wanita ini yang merakamkan perbualannya cuba memujuk lelaki berkenaan.

Menurut wanita itu, dia berhasrat mencari teman yang boleh menemaninya untuk lakukan aktiviti bersama.

Wanita ini cuba memujuk pasangannya.

"Abiy (pasangan) tak teringin nak cari lagi satu ke? Sayang nak kawan lah. Boleh main masak-masak dengan sayang," ujarnya kepada lelaki itu dengan nada lembut.

Cubaan memujuk tidak berhasil, wanita berkenaan memberi alasan untuk menghilangkan kesunyian sekiranya teman lelaki sibuk dengan urusan lain.

"Lepas tu sayang tengok boleh pergi buat manicure dan pedicure. Kalau awak sibuk melepak dengan kawan, saya boleh pergi dengan dia.

"Dia urut sayang, sayang tolong urutkan dia," ujarnya dengan penuh berharap.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta fasakh, tak sanggup bela suami lumpuh... Rupanya madu pun nak ‘angkat kaki’, cepat-cepat fail cerai!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang - “Wife kedua BFF saya”

Walaupun diasak beberapa kali dengan soalan sama, pasangannya tetap tidak bersetuju dengan kehendaknya.

Malah, lelaki itu menjelaskan bahawa dia tidak mahu menambah beban dengan melayan kerenah wanita lain.

"Tak apa, malaslah. Seorang pun dah pening," kata lelaki berkenaan berterus-terang.

Berhati-hati dengan apa yang awak hajatkan.

NETIZEN

Hantaran yang dibuat pada awal Januari itu meraih lebih 13 juta tontonan di TikTok sehingga tular di pelbagai platform media sosial lain.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dengan permintaannya yang hanya memakan diri.

Komen netizen pada video.

"Takut bagi betul-betul, meroyan nanti. Berhati-hati dengan apa yang awak hajatkan. Kadang niat nak bergurau je tapi jadi kenyataan.

"Kawan saya pun macam ni. Sampai suami dia buat keputusan nak kahwin lain sebab dia asyik minta.

"Entahlah dik. Kalau dah kahwin nanti dah merasa alam kahwin tu macam mana? Awak tak akan terlintas pemikiran macam ni," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain