suria

Ibu berkerjaya luah emosi, asyik tapau lauk sebab tak sempat masak... Masa ‘bonding’ pun tiada untuk anak

Kebanyakan ibu bapa gemar membeli makanan di luar kerana kesibukan bekerja. -Gambar hiasan

KESIBUKAN mencari rezeki sering dijadikan alasan utama ibu bapa yang sukar meluangkan masa bersama keluarga terutama anak-anak.

Kehidupan di era teknologi juga menyebabkan anak-anak lebih gemar menghabiskan masa dengan peranti dan gajet masing-masing sekali gus mengurangkan komunikasi dua hala bersama keluarga.

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang wanita meluahkan kesedihan kerana tidak dapat memasak untuk anak-anaknya disebabkan kesibukan bekerja sehingga merasakan dirinya bukanlah ibu yang terbaik.

Kedai makan sering menjadi sasaran golongan bekerjaya. -Gambar hiasan

Kedai makan sering menjadi sasaran golongan berkerjaya. -Gambar hiasan

Tidak kurang juga yang menyatakan ikatan kemesraan sukar dilakukan berbanding suri rumah sepenuh masa yang sentiasa meluangkan masa serta memasak untuk keluarga.

Tampil dengan pandangan berbeza, seorang wanita berkata, ia sekadar alasan untuk para ibu bapa mengelak daripada meluangkan masa bersama anak-anak.

Just nak cakap yang mak aku mula memasak masa aku usia 13 tahun ye, sebab masa tu dah ada orang gaji.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ibu pengotor sampai geli nak pijak lantai rumah, anak akui malu nak bawa balik suami - “Tetamu datang, mak salahkan adik-adik pemalas”

ARTIKEL BERKAITAN: Mak pilih bulu, gadis sering jadi sasaran makian... dikerah macam kuli, adik-beradik lelaki pemalas tetap anak kesayangan

“Sebelum tu memang beli bungkus je sebab tak sempat. Tapi memori beli makanan lepas balik sekolah tu aku ingat sampai sekarang,” ujarnya menangkis pandangan segelintir ibu berkerjaya.

Malah katanya, tidak memasak untuk keluarga bukan alasan seseorang wanita tidak menjadi ‘ibu’, sebaliknya pelbagai cara lain boleh dilakukan supaya hubungan mesra dapat dikukuhkan.

Baginya, antara pendekatan itu adalah ibu bapa dapat bonding dengan anak-anak seperti menetapkan masa untuk makan bersama pada hari cuti.

Setiap malam aku akan ajar anak mengaji serta pastikan mereka siapkan kerja sekolah.

WARGA MAYA

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi kebanyakan netizen yang bersetuju dengan pandangannya.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman membesar tanpa ‘air tangan’ seorang ibu disebabkan kesibukan bekerja.

“Mak aku dulu pun jarang masak, paling best hari Jumaat boleh makan nasi lauk dekat kedai ramai-ramai satu famili. Bonding elok je.

Warga maya berkongsikan buah fikiran masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

“Mak-mak yang sibuk bekerja dan berniaga tak perlu rasa bersalah kalau tak masak. Aku dan isteri pun sama-sama sibuk dengan bisnes... jadi sarapan, makan tengah hari dan malam memang beli je.

“Kalau dia rasa hanya memasak tu je boleh ‘bonding’ dengan anak, I feel sorry for them.

“Mak masak, tapi makan asing-asing tak bonding juga... yang penting kau makan bersama, sembang-sembang tanya pasal hal hari ni atau sambil makan sambil tengok cerita bersama,” komen beberapa warga maya.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berkongsi beberapa tip untuk golongan ibu berkerjaya mempunyai masa bersama anak-anak sekali gus mengurangkan kebergantungan pada gajet.

“Aku tak masak sebab balik kerja pun pukul 6 petang, anak-anak memang dah lapar jadi beli je makanan... tapi setiap malam aku akan ajar anak mengaji serta pastikan mereka siapkan kerja sekolah.

“Aku sekarang pun cipta memori, membeli je dengan anak-anak, memang jarang masak,” ujar segelintir netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain