suria

Jiran geram laman rumah penuh daun pokok sebelah, ranting atas kereta... Ramai kongsi tip ‘kasi settle’, tapi ini nasihat UAI

Pokok yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan kawasan perumahan kotor. -Gambar hiasan

HIDUP berjiran memerlukan semangat kejiranan dengan mengamalkan sikap toleransi agar tidak menyusahkan masyarakat di sekeliling.

Seorang individu menjadi perhatian selepas dia membuat luahan mengenai 'pencemaran' di kediamannya akibat pokok yang ditanam oleh jirannya.

"Minta tolong bagi pendapat. Jiran jenis otak kat lutut. Tanam pokok 'murungai' (moringa) depan rumah. Dah tiga tahun lebih macam ni.

daun1

Posting asal serta komen-komen netizen.

"Kotor rumah saya. Daun melekat kat lantai selepas hujan. Daun-daun kering dan ranting jatuh atas kereta.

"Daun (masuk) sampai ruang tamu. Lepas tu susah nak sidai kain. Daun dan ranting merata. Setiap kali saya mengadu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang dan menyelenggara pokok.

"Tumbuh balik dalam masa yang singkat. Ada cara lain tak? Terima kasih," ujar individu itu lagi menerusi Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Kotor rumah saya. Daun melekat kat lantai selepas hujan.

PENGADU

Luahannya itu disertakan gambar memaparkan sebatang pokok besar yang terletak berhadapan pagar rumahnya.

Dalam pada itu, seorang netizen yang turut mempunyai pokok sama berkongsi pengalamannya di ruangan komen.

"Berdasarkan pengalaman saya, pokok moringa atau kelor ni memang boleh buat orang murung guys. Saya tanam banyak keliling rumah. Saya tak ada jiran, jadi tiada isu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok dibiar merimbun sampai masuk rumah jiran, pemilik langsung tak rasa nak cantas... cantik katanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran ‘terpaling’ minat berkebun, tanah rizab penuh pokok! Penduduk geram ‘view’ buruk, undang bahaya

"Memang daunnya yang kuning sentiasa gugur. Yang berdekatan rumah akan masuk halaman rumah. Daun pun masuk ke kolam renang. Yang jatuh ke lantai kalau dibiar lama akan melekat kuat kat lantai.

"Jadi apa yang saya buat adalah pokok yang berdekatan dengan rumah, saya potong batangnya untuk kawal ketinggiannya. Dengan itu daun yang gugur tak dapat melayang jauh dan masuk rumah," ujar individu itu.

Beberapa netizen yang lain turut memberi cadangan supaya menebang atau meletakkan racun pada pokok berkenaan.

dau2

Tugas membersihkan halaman rumah bukanlah perkara yang disukai semua orang. -Gambar hiasan

"Korek lubang dekat akar. Letak racun je pokok tu. Nanti pokok mati, jiran tak tahu siapa buat. Tak boleh salahkan sesiapa.

"Nak senang, lukakan keliling batang pokok dan sapu cat minyak pada luka tu. Nanti pokok tu akan mati.

"Kasi tarah dia punya pangkal pokok, siram diesel je," tulis netizen lagi.

Sementara itu, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebelum ini mengulas mengenai masalah dahan pokok masuk ke kawasan rumah jiran.

Ustaz Azhar berkata, Islam sangat menuntut kepada hidup berbaik-baik sama ada dengan orang yang berjauhan apa lagi dengan dekat yang berjiran.

Jelasnya, mereka yang suka menyakiti jirannya adalah orang yang tidak sempurna imannya.

"Islam menganjurkan konsep berlebih kurang dan saling memaafkan antara sesama kita. Jika dahan tersebut tidak memudaratkan jirannya maka hendaklah maafkan sahaja yakni tidak diambil kisah.

"Daun-daun yang gugur dari dahan pokok jiran hendaklah dibersihkan oleh empunya pokok dan jika empunya pokok tidak membersihkannya elok tuan rumah sahaja yang bersihkannnya. Ini adalah termasuk berbuat ihsan yang sangat disukai oleh Allah SWT," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut Ustaz Azhar lagi, jika dahan tersebut boleh memudaratkan atau menyusahkan tuan rumah maka hendaklah tuan pokok mengalihkan atau memotong dahan yang lebih tersebut.

"Bagi tuan pokok hendaklah sentiasa menjaga hak jirannya dan jangan memejam mata pada masalah-masalah yang berlaku di sekeliling kejiranan apatah lagi jika punca masalah adalah darinya," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain