SELEPAS berpuluh tahun penat bekerja mencari rezeki, ramai yang tidak sabar menantikan fasa persaraan. Ada yang mahu berehat panjang, tidak kurang juga yang teruja menikmati wang pencen terutamanya penjawat awam. Begitu juga dengan seorang lelaki yang bertindak membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi mencecah ratusan ribu ringgit selepas bersara. “Dapat duit pencen beli motor besar, harga dekat RM100,000. Konon nak pergi konvoi, cakap dengan bini penat kerja 40 tahun. “Motor macam RXZ, dia tak pakai. Dia nak motor yang jenis nak ‘tersandar’, ada radio dan gear undur,” cerita seorang wanita menerusi video yang dimuat naik di laman sosial. Suami kerap memeriksa mesej daripada wanita lain. -Gambar hiasan Bagaimanapun, lelaki itu sebenarnya bukan membeli motosikal berkuasa tinggi untuk menyertai konvoi bersama rakan-rakan, sebaliknya mahu memikat hati wanita lebih muda. “Bini kena tipu, kawan-kawan konvoi pun kena tipu. Cakap dengan bini nak pergi konvoi, cakap dengan geng konvoi ada urusan keluarga. “Rupanya ada skandal, umur 30 tahun,” ujarnya. Bagaimanapun, helahnya terbongkar dan alasan yang diberikan sama sekali tidak masuk akal. “Bila dah kantoi, ditanya kata yang tu (skandal) nak merasa pakai (motor besar). Bini dah lebih 30 tahun ajak pergi umrah, tak habis dua orang RM20,000, macam-macam alasan bagi sampai gaduh. “Untuk makwe (kekasih) baharu, RM100,000 habis macam tu,” katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri solehah, imej ala ustazah pun boleh berubah! Dah malas solat berjemaah, rupanya tengah angau dengan laki lain ARTIKEL BERKAITAN: Suami curangi isteri muda ‘bergetah’, kejar mak janda anak lima! Rupanya ada agenda, nak tumpang makan duit pencen Ramai yang memasang impian untuk ke Tanah Suci. -Gambar AFP Susulan sisi gelap lelaki itu terbongkar, wanita ini tampil memberi teguran sinis dan berharap perkongsiannya dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat. Jelasnya, menjalinkan hubungan dengan wanita yang bersikap materialistik sehingga sanggup meminggirkan isteri yang berpuluh tahun kahwin tidak akan bertahan lama. Bila umur dah senja tu, buatlah amal ibadah. NETIZEN Pada usia warga emas begitu, katanya, lelaki berkenaan sepatutnya mencari kebahagiaan bersama keluarga dan mengumpul ‘saham’ akhirat. “Bang, 40 tahun kerja bang. Duit habis, makwe pun hilang. Ada duit, adik sayang bang. Tak ada duit, juallah motor. “Kalau dah 40 tahun kerja, umur lebih 60 tahun, dah ada menantu, ada cucu. Fikirlah bang, beli motor semata-mata nak angkut perempuan umur 30 tahun. “Nak menayang kat siapa, bang? Dapat markah ke bawa perempuan umur 30 tahun tu, megah nau. Lutut awak dengan tulang pinggang dah ‘longgar’,” ujarnya yang menasihatkan lelaki itu supaya insaf sebelum menyesal di kemudian hari. Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pesara itu yang berdepan dengan ujian selepas menerima wang pencen. “Ujian datang waktu pencen, duit banyak kan. Tiba-tiba muncul anak dara 20an anggap macam ayah tapi ke hulu ke hilir jalan makan-makan mewah. Sudahnya licin RM200,000, anak isteri kebuluran. “Betul tu, banyak terjadi pada orang dah ada duit pencen. Akhirnya merana. “Bila umur dah senja tu, buatlah amal ibadah,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube