suria

Lali dikritik taksub, obses... Makin ramai peminat K-pop pandai bahasa Inggeris, siap dapat job penterjemah

Ramai rakyat Malaysia turut meminati K-pop. -Gambar hiasan

PEMINAT K-pop sering berdepan persepsi negatif masyarakat yang menganggap hobi mereka sebagai satu obsesi tidak sihat.

Malah, ramai yang turut mengecam golongan ini kerana kesanggupan mereka berbelanja untuk membeli album, cenderamata atau apa sahaja berkaitan dengan bintang pujaan mereka termasuk tiket konsert yang mahal.

Di sebalik tanggapan negatif itu, seorang individu di laman X meraih perhatian ramai apabila mendedahkan kebanyakan peminat K-pop mampu menguasai lebih daripada satu bahasa.

21012349

BTS merupakan antara kumpulan K-pop paling popular di dunia.

"Tak dapat disangkal memang siapa yang minat K-pop ni cerdik English. Itu belum lagi yang add on belajar Mandarin, Hangul (abjad Korea).

"Silap hari bulan, add on belajar bahasa Jepun atau Jerman," tulis individu itu menerusi satu ciapan sehingga dikongsi lebih 1,300 kali.

Seorang lagi pelayar X pula mengakui pada awalnya dia lemah dalam subjek bahasa Inggeris, namun mula mengalami perubahan selepas terjebak dalam dunia K-pop.

Sebab itu selepas saya minat K-pop, penguasaan bahasa Inggeris saya bertambah baik dari tahun ke tahun.

PEMINAT K-POP

"Sesetengah orang cakap K-pop ni lagha (sia-sia) tapi bagi saya banyak manfaat. Macam saya tak minat bahasa Inggeris sejak sekolah rendah, tapi sebab minat K-pop, banyak artikel dia dalam bahasa Inggeris, jadi saya banyak belajar dari situ," ujarnya.

Selain itu, ramai peminat K-pop di Malaysia turut berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui sari kata yang diterjemah daripada drama-drama Korea (K-drama).

"Serius, kebanyakan kandungan K-pop ni guna sari kata Inggeris. Drama Korea kalau pakai sari kata Melayu jadi pelik. Sebab itu selepas saya minat K-pop, penguasaan bahasa Inggeris saya bertambah baik dari tahun ke tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nikmatilah hobi ini” - Gila kumpul photocard artis K-Pop... orang lain kata membazir, pemuda ini cuma nampak ‘duit’

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja reda koleksi K-pop dibakar, faham bapa orang alim tak suka hiburan... Harap netizen tenang, tetap hormat mak ayah

"Satu lagi, biasakan diri kita apabila tengok K-drama guna sari kata bahasa Inggeris. Lama-lama akan bertambah baik kosa kata dan senang nak ingat maksud.

"Saya dapat tingkatkan penulisan bahasa Inggeris kerana saya banyak baca sari kata dalam bahasa Inggeris," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, seorang lagi pelayar X turut berkongsi kisah rakannya yang pernah dipandang rendah hanya kerana peminat K-pop, namun kini dia berjaya melanjutkan pengajian ke Korea Selatan.

Korean girl band 2NE1 got fans screaming at the Twin Towers @Live 2013 concert

Kumpulan legenda K-pop 2NE1 memiliki peminat di seluruh dunia. -Gambar hiasan

"Kawan saya minat K-pop dan selalu kena marah dengan keluarga sebab taksub K-pop. Orang sekeliling pandang rendah dan kecam dia.

"Sekarang? Dia boleh berbahasa Inggeris dan Korea dengan bagus. Kini dia buat Master dekat universiti di Korea di bawah biasiswa dan pernah jadi penterjemah sari kata untuk Netflix.

"Dia bermula dengan akaun peminat di Twitter (kini X) dan perlahan-lahan belajar Korea. Pada masa itu, sari kata Inggeris untuk kandungan K-pop sangat sedikit. Jadi dia gigih salin balik dan terjemah sendiri.

"Kemudian perlahan-lahan dia buat terjemahan secara sambilan. Dari situ dia dapat tawaran untuk terjemah sari kata Korea untuk Netflix. Jadi kalau anda minat, teruskan dan jangan putus asa dengan kritikan orang," kongsi seorang lagi individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain