SETIAP manusia pasti akan berdepan dengan ujian, sama ada kecil mahupun besar. Ada yang diuji dari segi kesihatan, segelintirnya diduga dengan ujian kewangan, perhubungan dan lain-lain lagi. Apa yang membezakan adalah cara masing-masing menangani ujian itu, sama ada mereka berusaha mencari jalan keluar atau 'jatuh tersungkur'. Namun tidak dinafikan, ada kalanya ujian melanda begitu hebat sehingga membuatkan seseorang mengalami tekanan perasaan dan hilang kawalan. Dalam satu hantaran penuh menyentuh hati, seorang wanita meluahkan mengenai dirinya dilanda tekanan perasaan yang teruk akibat terjebak dengan jumlah hutang yang besar. Golongan surirumah antara yang berdepan dengan risiko berdepan depresi. -Gambar hiasan "Dalam dua tahun lepas saya buat bisnes tapi tak menjadi. Ada hutang kira-kira RM120,000. Hutang semua tak mampu lagi nak bayar," luahnya yang mempunyai anak bongsu baru berusia empat bulan. Tidak hanya terjerut dengan hutang, wanita berkenaan berkata tekanan yang dialaminya juga disebabkan oleh kerenah suami dan anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Makan kena catu gara-gara hutang keliling pinggang... Pemuda fikir jalan mudah buat pinjaman peribadi demi ’tutup lubang’ ARTIKEL BERKAITAN: Staf ‘gomen’ hampir muflis, masa sihat rancak buat pinjaman peribadi RM430K... Kini cuti tanpa gaji sebab sakit, tak boleh bayar hutang "Anak-anak perangai, Subhanallah. Anak saya yang sulung selalu buat perangai di sekolah... macam-macam dia malukan mama dia ni, sampai saya tak tahu nak buat apa. Ada je perangai yang buat cikgu-cikgu dan kawan-kawan kelas annoying. "Mana nak cari duit, mana nak jaga anak-anak. Pendidikan anak sangat teruk. Semua anak, saya marah tak jalan. Puas saya cuba nak jadi mak yang baik tapi ada saja perangai mereka buat saya naik angin. "Itu anak-anak. Suami pula sejak kerja e-hailing, asyik bayar e-hailing seminggu kena sediakan RM435 untuk bayar (sewa). Duit habis macam tu je. "Nak beli kereta, nama kami laki bini dah blacklist (buat pinjaman)," luahnya lagi. Sebaiknya jangan mulakan bisnes dengan pinjaman. Biar mula dengan yang kecil-kecil je dulu. NETIZEN Bukan tidak pernah cuba untuk bangkit namun situasi yang dilaluinya membuatkan dia mudah tersungkur. "Saya tengah usaha nak bangkit balik dengan berniaga semula tapi hari ni saya rasa macam nak mati. Rasa macam bukan diri saya. Kena hadap perangai anak-anak yang entahlah. "Saya penat! Jangan kata dekatkan diri dengan Allah. Hari-hari saya meluahkan semua pada Allah cuma sekarang saya lost," ujar ibu kepada empat cahaya mata itu. Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah berkenaan. -Gambar hiasan Perkongsian wanita itu grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri mengundang simpati netizen dengan rata-ratanya dapat menyelami situasi dan perasaan wanita berkenaan. "Ujian itu mendekatkan lagi kita dengan Allah. Jangan putus harap pada Allah, teruskan berdoa. "Kalau dah burn out ni kita memang rasa mati lagi baik. Tapi mesti ada sebab Allah bagi ujian begitu hebat. "Sebaiknya jangan mulakan bisnes dengan pinjaman. Biar mula dengan yang kecil-kecil je dulu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube