suria

Anak buah seronok joli duit bantuan kerajaan, tak lapor kematian ibu saudara sebatang kara... Bagi alasan leceh, tiada masa nak daftar

Duit bantuan kerajaan diberikan kepada individu yang layak. -Gambar hiasan

PELBAGAI insentif, bantuan dan subsidi disediakan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat pada masa ini.

Bagaimanapun sesetengah individu dilihat mengambil kesempatan dengan memanipulasikan pendapatan sebenar mahupun maklumat ahli keluarga bagi ‘melayakkan’ diri menerima bantuan kerajaan.

Mendedahkan situasi yang berlaku dalam kalangan keluarga terdekat, seorang wanita menyatakan individu tersebut masih mengambil wang bantuan yang didaftarkan atas nama seseorang yang sudah meninggal dunia.

Bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan bagi membantu meringankan beban masyarakat. -Gambar hiasan The Star

Bantuan kerajaan bagi membantu meringankan beban masyarakat. -Gambar hiasan The Star

“Adakah menjadi kesalahan sekiranya seseorang (orang tua umur 80 tahun) yang meninggal dunia atau didapati hilang di hutan pada 2021 tetapi kematiannya tidak pernah dilaporkan kepada JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

“Duit STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan bantuan kebajikan masih masuk ke dalam akaun dia (si mati),” dakwa wanita itu.

Tambah wanita itu, lebih mengejutkan apabila wang bantuan yang diperoleh sehingga kini diguna pakai oleh ahli keluarga individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerima bantuan ‘disiasat’ aktivis... Beli banyak ‘jajan’, beras tak pula dibeli - “Anak saya nangis berguling-guling”

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu didakwa buat-buat silap bagi duit BAP tak cukup RM50, ibu bersuara dalam grup WhatsApp... Rupanya ramai ‘parent’ dah terkena!

"Anak buahnya yang guna duit tu semenjak dia hilang dulu sampai sekarang.

"Nenek tu tiada anak yang jaga. ahli keluarga yang pegang kad ATM dia tu tak duduk sebumbung," katanya lagi.

Cerita wanita itu lagi, laporan polis tentang kehilangan warga emas tersebut pernah dibuat dan operasi mencari dan menyelamat sudah dilakukan pada masa itu.

Namun selepas lebih dua minggu, pencarian tidak membuahkan hasil.

“Pihak polis menyarankan keluarganya untuk membuat pendaftaran kematian selepas pakaian sahaja yang ditemukan.

Warga maya berkongsikan langkah yang boleh dilakukan olehnya.

Warga maya berkongsikan langkah yang boleh dilakukan olehnya.

“Tetapi sehingga ke hari ini, masih tiada yang membuat laporan berkaitan,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, wanita ini turut menyatakan ahli keluarga individu terbabit enggan membuat sebarang laporan berkaitan mahupun mendaftarkan kematian dengan alasan proses tersebut sukar dan memakan masa.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meminta dia menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memaklumkan situasi tersebut supaya tindakan susulan dapat diambil.

“Cuba tanya JKM kalau mereka boleh buat welfare check nak dapatkan pengesahan kematian perlu perintah mahkamah melainkan jasad ditemui atau disahkan jasad orang hilang... ada tempoh tahun untuk pengesahan kematian.

“Kalau pihak berkuasa tahu, banyak kesalahan tu. Penipuan, menyembunyikan kematian dan pecah amanah.

“Boleh terus datang ke pejabat JKM yang didaftarkan penama. Maklumkan situasi sebenar dan pegawai yang bertanggungjawab akan melaksanakan siasatan serta menamatkan bantuan,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain