MEMANCING di lautan, sungai mahupun tasik boleh diibaratkan seperti membuka hadiah tanpa mengetahui kejutan apa yang menanti. Jika hari bernasib baik, mungkin anda berpeluang untuk bermewah-mewahan membawa naik ikan 'gred A' seperti ikan kurau atau ikan merah. Tetapi sekiranya bukan rezeki anda, barangkali hanya ikan kecil akan memakan umpan, atau boleh jadi juga haiwan yang tidak disangka-sangka memasuki jerat! Usaha menyelamatkan burung bangau. Melalui satu video tular di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki yang sedang memancing di Jeti Laguna, Pulau Indah, Selangor terkejut apabila joran rakannya direntap sesuatu yang dirasakan seperti besar saiznya. Namun malang sekali ia hanyalah seekor burung bangau dan bukannya habuan lumayan yang diharapkan. Menariknya, sayap burung bangau tersebut dilihat terlilit dengan benang pancing yang menyebabkan haiwan tersebut panik dan tidak tentu arah untuk terbang ke mana. ARTIKEL BERKAITAN: Sedap cari lauk ikan gelama, senangin bawah jambatan... Kaki pancing tunjuk laluan rahsia, seram kalau lemah semangat ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tu dah gian lama” - Rider berhenti tepi ajar lelaki teknik memancing, niat baik sampai ‘sidai’ pelanggan 30 minit Maka aktiviti memancing pada malam itu bertukar menjadi misi menyelamat burung bangau yang disertai lelaki tersebut dan pemancing yang lain. "Apa benda ni woi, orang tangkap ikan, kau tangkap apa? Apa-apa hal pun pegang mulutnya. Jangan bagi dia patuk kita. Kesian, dia takut tu," ujar lelaki itu. Setelah pergerakan burung bangau itu berjaya dihadkan, mereka mula memeriksa benang berselirat yang melumpuhkan sayap haiwan berkenaan. Yang selamatkan pun kenapa suluh lampu dekat mata bangau, mana tak silau. WARGA MAYA "Duduk diam kejap ya, relaks... kami cuma nak selamatkan kau je. Alamak, boleh tahan berbelit juga benang ni, kita rungkaikan balik satu persatu. "Takut dah patah je sayap bangau ni, kalau patah memang tak hidup dia. Okay, selesai. Pulanglah kau bangau. Jom kita pergi lepaskan dia dekat tengah sana," kata kumpulan pemancing itu setelah beberapa minit mencuba. Sementara itu, mereka sempat berjenaka sekiranya mahu menjadikan burung bangau itu sebagai santapan selera. "Nak lepaskan ke atau nak buat makan, ada yang nak? Tak berbaloi pun nak makan, kita lepaskan je," kata mereka berbincang. Momen burung bangau melanggar bangunan. Walaupun begitu, mungkin kerana orientasinya yang masih pening-pening lalat, burung bangau itu sebaik dilepaskan dilihat terbang melilau dan bertembung dengan bumbung bangunan. "Alamak, ia langgar dinding pula, jatuh di mana? Dia dekat dalam laut tu. Nampak macam dah cedera, harap kau baik-baik saja kawan, nak terbang tengok depan dulu. Selamat tinggal," kata lelaki itu. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata kelibat burung bangau adalah sesuatu yang jarang dilihat di persisiran pantai Pulau Indah. "Dah lama tak nampak burung bangau dekat situ, kali terakhir pun 10 tahun lepas. Terkejut boleh ada balik, kalau nak tahu, spesies burung bangau ni namanya Grey Heron. "Bangau waktu malam memang terbang rendah, itu yang boleh tersangkut dekat tali joran. Yang selamatkan pun kenapa suluh lampu dekat mata bangau, mana tak silaunya, itu yang pening nak terbang," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube