suria

“Penyondol dilarang masuk” - Wanita gigih tampal stiker amaran pada ‘dashboard’ kereta, takut pasangan digoda perempuan lain

Pelbagai jenis stiker berbaur amaran di tampal di dalam kereta pasangan.

MENYAYANGI pasangan biarlah berpada-pada.

Namun sudah menjadi lumrah akan timbul perasaan kurang senang apabila melihat pasangan bemesra-mesraan dengan kenalan berlainan jantina.

Melalui satu video tular di laman X, seorang wanita mengambil langkah drastik untuk memaklumkan kepada mereka di sekeliling bahawa pasangannya sudah berpunya.

Mimpi ngeri setiap wanita untuk diduakan pasangannya. -Gambar hiasan

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat menampal stiker pada papan pemuka (dashbaord) kereta milik teman lelakinya yang tertulis mesej berbaur peringatan.

"Penyondol dilarang masuk!

"Amaran! Ini tempat duduk istimewa untuk Aina (bukan nama sebenar). Dengan tegasnya diingatkan, wanita lain dilarang mengambil tempat duduk ini melainkan ahli keluarga terdekat.

"Perhatian! Pemilik kereta ini sudah mempunyai isteri," tulis mesej pada stiker-stiker terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bawa isteri hamil hidu tayar.... Pemuda pertikai ‘special’ wanita, lelaki asyik kena jadi pak turut! Anggap dunia tak adil

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah naik kereta mahal” - Wanita mengidam naik Ativa putih syukur ada insan faham ibu hamil, excited sampai lupa ambil gambar

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpandangan pendekatan sedemikian sebagai sedikit melampau dan hanya mengusutkan fikiran pasangan.

"Perempuan yang terpelajaran sekalian janganlah buat benda mengarut macam ni, kalau minah rempit aku boleh terima lagi. Satu amalan yang kurang cerdik pada pendapat aku.

"Teringat dulu ada satu pempengaruh yang buat benda sama dalam kereta tunang dia, sekali kantoi juga tunang dia tu ada perempuan lain, siap kena tangkap basah lagi dalam bilik.

Aku lebih rela putus daripada ada teman wanita yang paranoid tak bertempat macam ni.

WARGA MAYA

"Lelaki kalau dia nak curang, dia akan curang juga. Jangan nak terlampau mengongkong, nanti diri sendiri yang penat apabila kepercayaan kita dikhianati.

"Relationship macam ni kebiasaannya tak akan bertahan lama. Komponen utama dalam setiap hubungan percintaan adalah kepercayaan, kalau tak ada tu, setiap masa kita akan syak wasangka dengan pasangan kita," kata warga maya.

Dalam pada itu, tidak kurang juga kaum Adam yang naik darah melihat perlakuan sedemikian.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Jujur aku cakap, aku sayang girlfriend aku, tapi kalau dia tergamak buat macam ni dekat kereta Mercedes-Benz AMG GTR aku, memang siap dan mendapat la dia.

"Kami lelaki akan sentiasa berlembut dengan wanita, tapi kalau bab kereta jangan buat main, itu dah maksimum tahap kesabaran kami. Ingat, jangan pijak kepala kami walaupun kami selalu bagi muka.

"Dashboard kereta ni ibarat first impression apabila orang naik kereta kita, kalau benda pertama orang nampak adalah stiker 'jiwang' macam ni, memang jatuh la maruah dan air muka aku.

"Aku lebih rela putus je daripada ada teman wanita yang paranoid tak bertempat macam ni, mesti menyusahkan hidup di kemudian hari," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain