TEKNOLOGI terkini seperti media sosial dan aplikasi WhatsApp terbukti dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama insan. Bagaimanapun, komunikasi secara dalam talian boleh menimbulkan salah faham atau membuatkan seseorang itu terasa hati jika menggunakan ayat atau perkataan yang tidak sesuai. Justeru, seorang wanita mencadangkan supaya 'golongan pelapis' tidak dimasukkan ke dalam grup WhatsApp untuk keluarga besar. Rumah pastinya riuh apabila dikunjungi sanak saudara semasa musim perayaan. -Gambar hiasan The Star "Saya cadangkan ibu bapa jangan add anak-anak dalam grup keluarga yang ada dua hingga tiga keturunan. "Anak-anak rimas. WhatsApp keluarga yang bertaraf 'klasik FM' (generasi lama), Wali Songo (isu berat) jangan masukkan mereka melainkan dapat persetujuan. "Musim periksa ni, anak-anak kena fokus pada isu pembelajaran di depan mata... tak ada masa nak melayan mak lang, mak uda, pak ngah punya soalan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga besar 24 adik beradik bikin rumah terlajak meriah... lagi ‘rare’ semua belajar sekolah pondok - “Ayah pun tertukar nama anak sendiri” ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Kamariah bikin kecoh! Mandi jam 4 pagi, rebut seterika perkara biasa... Lebih 120 saudara beraya macam rombongan pengantin Menurutnya, tindakan itu juga dapat menjaga hati dan perasaan anak masing-masing kerana terdapat ahli keluarga yang gemar membuatkan perbandingan atau bangga dengan sesuatu pencapaian. "Anak-anak ada perasaan juga. Kalau mak ayah saudara show off yang anak dia dah dapat kerja dengan Petronas, Shell, Halliburton sebelum habis final exam mesti terasa hati. "Cukuplah sekadar kumpulan WhatsApp keluarga terdekat. Saya ni, habis sahaja semester terus cakap 'you can leave the group'. I left! Banyak kali mak masukkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga dan setiap kali juga aku left. WARGA MAYA "Biarlah mereka teruskan dengan fasa kehidupan yang seterusnya," tambahnya lagi. Baginya, hantaran yang dibuat itu bukanlah tanda berkecil hati sebaliknya meluahkan situasi yang dialami anak-anak. Tambahan pula, katanya, ada yang menjadikan platform tersebut sebagai ruangan untuk berbincang isu politik negara. Warga maya memberikan maklum balas tentang isu tersebut Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan wanita bergelar ibu itu. Malah ramai yang mengakui sudah keluar (left) kumpulan WhatsApp sedemikian bagi menjaga kesihatan mental dan fizikal diri sendiri. "I left! Banyak kali mak masukkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga dan setiap kali juga aku keluar. "Indeed. Sesetengah isu seperti masalah orang dewasa, pergaduhan, perbincangan tak sesuai didedahkan kepada anak-anak walaupun mereka dah dikira dewasa. "Saya mute kumpulan famili besar dan tidak bagi interaksi sangat. "Sayalah dalam grup tu... ada sepupu tu anak dia pandai gila memang ranking nombor satu MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), kemudian ayah saya mula bandingkan saya dengan budak tu sampai dah habis diploma sekarang ni," ujar beberapa warga maya. Untuk rekod, Gen Z adalah mereka yang lahir pada 1997 hingga 2012. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube