TEMPAT seorang isteri adalah di sisi suaminya. Namun atas desakan hidup, ada pasangan yang terpaksa tinggal berasingan dan menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ). Di laman X, seorang wanita turut meraih perhatian ramai selepas dia mendakwa suaminya bermain kayu tiga ketika mereka hidup berjauhan. Kesetiaan merupakan kunci utama kebahagiaan. -Gambar hiasan "Baru-baru ini suami aku kantoi lagi main aplikasi dating. Hari tu kantoi, Oktober tahun lepas. Kami baru PJJ. Seorang di Borneo, seorang di semenanjung. "Aku tak kata aku isteri yang baik. Tapi aku sedaya upaya baiki diri. Masa kali pertama kantoi, aku kecewa. Aku minta dia berhenti kerja di sana dan balik sini. Sampai sekarang dia tak buat," dedahnya. Menurut wanita itu, suaminya turut memberi alasan tidak masuk akal apabila menyatakan masalah di ranjang menjadi punca dia bermain kayu tiga. Katanya aku tak layan kehendak seks dia... aku berubah, Aku layan sepuasnya. ISTERI Meskipun perit, wanita itu berkata dia sanggup melakukan perubahan dan membelanjakan sejumlah wang untuk sentiasa dekat dengan suaminya. "Katanya aku tak layan kehendak seks dia. Aku berubah. Aku layan sepuasnya. Aku ubah untuk lebih terbuka. Aku kerap habiskan duit pergi ke Borneo jumpa suami. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi pemuas nafsu bos, hantar video bogel di Telegram... Hati suami kerja offshore remuk, nafkah RM8,000 pun tak bersyukur ARTIKEL BERKAITAN: Curiga tak balik rumah 3 bulan, isteri kantoikan suami PJJ berduaan dengan siswi di rumah sewa "Aku kurangkan sifat marah apabila sesuatu tak kena. Aku hanya abaikan walaupun aku kerap menangis. Aku cadangkan kami berdua pergi kaunseling. End up aku seorang yang pergi," luahnya lagi. Tidak terhenti di situ, pengadu berkata kecurangan suaminya terbongkar buat kali kedua, sekali gus membuatkan hatinya semakin luluh dan hancur. Ada lelaki yang tetap curang meskipun dilayan bagai raja oleh isteri. -Gambar hiasan "Apabila kantoi kali kedua, aku tanya apa salah aku lagi? Dia cakap sebab aku tak percaya dia akan berubah. Dan dia buat benda ni supaya keadaan dia tak lebih teruk. Aku tak boleh hadam kata-kata dia. "Aku hampir gila. Apa yang aku tak buat? Aku layan dia macam raja. Daripada awal kahwin sampai dah empat tahun. Makan dia bersuap, kuku aku potong, rambut aku syampu. Nak pergi kerja aku pakaikan stokin. "Apa salah aku lagi? Dia macam tak rasa bersalah sex chat sampai sekarang. Aku punyai rupa yang cantik, kerjaya yang bagus. Cuma aku tak miliki kasih sayang suami," ujarnya lagi. Akhir bicara, pengadu menzahirkan harapan agar suaminya terbuka hati untuk berubah dan menjadi ketua keluarga yang baik buat dia dan anak-anak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube