suria

4 kali sambut Aidilfitri bersama, tak pernah dibelikan baju raya! Tahun ini isteri cuba nasib minta suami belanja, tapi jawapan bikin geram

Suami isteri biasanya akan tampil sedondon pada pagi 1 Syawal. -Gambar hiasan

UMAT Islam di seluruh dunia dijangka mula berpuasa pada pertengahan Mac ini.

Meskipun ramai menganggap tempoh itu masih panjang, segelintir individu sudah mula membuat persiapan untuk meraikan hari lebaran.

Di laman X, seorang wanita meraih perhatian ramai apabila dia mengadu tentang suaminya yang tidak pernah membelikan baju raya buatnya.

WhatsApp Image 2024-01-24 at 11.15.53 AM

Ada sesetengah orang gemar membuat persiapan raya awal meskipun Ramadan belum tiba. -Gambar hiasan

Tambah wanita itu, dia juga berkemungkinan akan berdepan nasib sama pada lebaran kali ini apabila suami masih tidak memberi kata putus tentang hal itu.

"Aku minta suami belanja baju raya sepasang tahun ni. Dia cuma reply 'akan dipertimbangkan'.

"Sedih pula dia tak jawab 'okay boleh'. Sebab tahun ni dah raya kelima kami sebagai suami isteri.

Kalau masa raya pun dah berkira susah nak bagi baju, apatah lagi bukan musim raya. Fikir-fikirlah.

NETIZEN

"Tapi dia tak pernah sekali pun tawarkan nak belikan baju raya. Setiap tahun aku beli guna duit sendiri," ujarnya.

Luahan pengadu dikongsi menerusi laman X pada Isnin.

Semakan di ruangan komen mendapati beberapa netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib menimpa wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada yang sudi jamah! Anak yatim menangis di jamuan raya, kuih dibawa ‘tak laku’... cikgu selamatkan keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut raya dalam bas, pemuda sebak kejutan adik-beradik... reda Aidilfitri tanpa mak ayah

Malah, ada netizen turut menyelar suaminya dan melabelnya sebagai lelaki yang tidak berguna kerana gagal menyediakan keperluan asas buat pasangan.

"Laki akak ni tak guna la. Baju raya keluarga pun tak mampu nak beli. Tanggungjawab sebagai suami dah gagal.

"Tak boleh 'brain' (fikir) aku spesis suami macam ni. Benda tu wajib kot. Bodoh amat.

WhatsApp Image 2024-01-24 at 11.15.28 AM

Persiapan raya kaum Hawa biasanya lebih meriah berbanding orang lelaki. -Gambar hiasan

"Anon ni bukan nak sangat duit laki dia. Dia nak jawapan macam tu je. Kalau laki dia hulur RM50 untuk beli baju raya pun aku rasa dia okay je.

"Kesiannya sampai kena minta belikan baju raya," tulis beberapa individu.

Dalam pada itu, netizen juga berpendapat sikap lelaki itu boleh menjadi punca isteri tawar hati yang membawa kepada masalah lebih besar seperti penceraian.

"Kalau masa raya pun dah berkira susah nak bagi baju, apatah lagi bukan musim raya. Fikir-fikirlah.

"Antara punca boleh terjadinya kes penceraian. Lama-lama isteri akan tawar hati. Benda simple tapi kesan besar," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain