suria

Ibu baru lepas bersalin puji staf HUSM, tak lupa kisah bantu kencing dalam tandas - “Habis basah kasut akak kena air”

Seorang kakitangan HUSM dipuji kerana memberi layanan yang baik kepada pesakit.

JASA dan pertolongan yang diberikan seorang kakitangan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan masih segar dalam ingatan wanita ini.

Menerusi hantaran yang dibuat di TikTok, wanita dikenali sebagai Syiera Darwanies berkata dia terhutang budi dengan kemuliaan hati individu berkenaan dalam melaksanakan tugas.

Ujar Syiera, kakitangan berkenaan begitu tekun membantunya ketika dia menerima rawatan selepas melahirkan anak di HUSM pada Januari lalu.

"Selepas saya bersalin, akak ni yang bawa saya pergi tandas. Masa tu masih terketar-ketar tak mampu nak berdiri pun. Akak pegang dan bantu untuk kencing sebab lama duduk dalam tandas.

"Akak buka pintu. Bimbang takut saya jatuh. Sukarnya masa tu sebab kena bawa beg air sekali dengan wayar-wayar masuk dalam tandas.

Antara perkongsian Syiera di TikTok.

"Tolong buang kain batik, tolong cuci darah yang masih melekat dekat paha. Saya tengok habis basah kasut akak kena air. Akak cuci paha saya sampai hilang darah yang melekat. Tak cukup dengan tu... tolong saya pakaikan pad (tuala wanita) dan kain batik," imbasnya tentang keprihatinan staf berkenaan.

Berdasarkan perkongsian video di TikTok, difahamkan kakitangan yang dimaksudkan merupakan seorang atendan hospital atau pembantu perawatan kesihatan.

Hingga kini video yang dimuat naik Syiera meraih hampir lima juta tontonan.

Tambah Syiera, dia berniat untuk bertemu semula dengan individu tersebut bagi menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa amalan mereka yang bertuah ini?” - Kurniaan bukan biasa-biasa Sultan Johor... 10 jururawat HSA dapat Myvi

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak padan dengan sakit, mulut tak reti jaga” - Jururawat beremosi, pesakit kaitkan tugas tukar lampin dengan gaji

"Ya Allah, perasaan terharu tu memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mungkin orang terdekat pun tak mampu nak layan kita macam tu. Akak buat lebih daripada tugas akak dah.

"Haritu sebab masih lagi rasa sakit lepas bersalin, lupa pula nak tengok dia punya nama dekat tag nama. Ingat nak datang cari akak ni selepas keluar hospital tapi tak kesampaian.

"Duduk dalam pantang ni memang ternampak je wajah akak. Cara akak cakap memang lembut sangat sebab tu saya nak cari akak," katanya lagi.

Ujar Syiera dia berharap hantaran tersebut boleh menjadi asbab untuknya bersua kembali atau menghubungi individu berkenaan.

Walaupun bukan fasal kerja pun dia jenis suka tolong orang.

NETIZEN

"Kenapa nak cari akak tu? Saya masih lagi dalam pantang. Kebaikan dia memang saya tak mampu nak lupakan.

"Kalau dapat nombor telefon pun cukup dah. Saya rasa macam tak cukup dengan ucapan terima kasih untuk akak. Saya nak bagi lebih pada tu.

"Terima kasih juga untuk doktor yang membantu saya bersalin. Staf nurse dan pekerja-pekerja di bilik bersalin HUSM. Anda semua memang terbaik. Semuanya baik dan peramah. Suka sangat dengan anda semua," ujarnya lagi.

Jika diteliti pada ruangan komen video, rata-rata netizen turut memuji kebaikan individu yang dicari Syiera.

Komen netizen pada video.

Malah, mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengannya.

"Sahabat saya la tu. Sama-sama kerja dulu dekat Shah Alam. Walaupun bukan fasal kerja pun dia jenis suka tolong orang.

"Ya Allah, dia ni memang baik. Dia jaga saya masa bersalin anak sulung tahun 2022. Saya baru lepas bersalin tahun ni dengan orang yang sama juga," komen netizen.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kemaskini dibuat Syeira mengenai usahanya menjejaki kakitangan HUSM itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain