suria

Gara-gara reviu TikToker, ustazah lari keluar dari kedai! Patutlah rasa berdebar nak makan, rupanya tiada sijil halal

Seorang ustazah berkongsi pengalaman berkunjung ke sebuah kedai makan di Alor Setar, Kedah. -Gambar hiasan (kanan)

STATUS halal bagi premis makanan adalah perkara penting dan sering diberi perhatian oleh kebanyakan umat Islam di negara ini.

Terbaharu, seorang ustazah yang dikenali sebagai Thaniah berkongsi pengalamannya berkunjung ke sebuah kedai yang tidak mempunyai sijil halal di Sungai Petani, Kedah.

Ustazah Thaniah berkata, dia pergi ke premis berkenaan kerana percaya dengan reviu yang dibuat oleh seorang TikToker beragama Islam yang mempromosikan kedai makan tersebut sebelum ini.

Tangkap layar video dikongsikan di TikTok.

"Jaga-jaga kalau nampak TikToker yang reviu makanan... jangan terus pergi. Saya sudah 'terkena'. Kedai tu kedai Cina. Saya terperanjat sebab nampak lelaki Cina dekat dapur.

"Bila saya tanya memang adik dekat kaunter tu cakap tauke Cina, tak ada sijil halal. Jaga-jaga apa yang masuk dalam badan kita. Sumber kepada darah daging kita.

"Pelanggan ramai orang Islam dan pekerja semua perempuan beragama Islam dan bertudung," katanya dalam tulisan pada video yang tular.

Menurut ustazah yang mengajar ilmu Fardu Ain ini pada video bahagian kedua, dia berasa 'tidak sedap hati' untuk makan di kedai makan itu sejurus tiba di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki termakan sosej kari babi gara-gara sangka semua kedai Pak Arab halal! Siap ‘review’ rasa lemak-lemak

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran jemput influencer tak semestinya bersih! Lelaki 10 tahun dalam F&B minta hati-hati dengan restoran ‘Muslim friendly’

Selepas mendapatkan kepastian daripada salah seorang pekerja di kedai makan itu, dia dan ahli keluarganya terus keluar meninggalkan premis tersebut.

"Masa mula-mula nak masuk ke kedai tu saya ada rasa berdebar-debar juga jadi saya baca doa pendinding diri. Masa sampai tu saya tak gembira sangat nak makan. Saya banyak order lauk ayam sebab suami pun nak makan benda sama.

"Apa yang awak maksudkan dengan Muslim-Halal? Maknanya ayam tu dia boleh ambil daripada pembekal daripada orang Cina betul tak?

Baik sikit zaman sekarang ni. Kalau reviu-reviu makanan viral, jangan cepat (melulu) sangat nak pergi

THANIAH

GURU FARDU AIN

"Saya cakap dia beritahu dekat reviu TikTok, makanan dekat restoran saya pergi tu dia suruh datang makan. Saya pun berlari keluar dari kedai. Saya tengok, orang Melayu saya (dan keluarga) saja dalam tu," ujarnya.

Dia berkongsi pengalamannya itu bertujuan untuk mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih kedai makan.

"Rupanya tak ada sijil halal cuma 'mesra Muslim'. Nak makan jadi darah daging kita, nak masuk bulan Ramadan ni dengan ayam ketuk (tak sembelih) tu.

"Kita tak boleh kata, makanan tu halal sebab dia (peniaga) sendiri cakap tak ada sijil halal. Baik sikit zaman sekarang ni. Kalau reviu-reviu makanan viral, jangan cepat (melulu) sangat nak pergi," katanya lagi.

Komen netizen pada video.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka sebelum ini.

Malah, ada juga sesetengah warga maya memberikan pendapat mereka susulan isu ini yang dicetuskan di TikTok.

"Saya pesan dekat anak-anak. Nak makan dekat mana-mana pun... yang viral, mesra Muslim, pork-free, pekerja bertudung ke, tolong cari yang ada tanda halal Jakim.

"Terima kasih ustazah kongsikan info-info ni. Kita kena lebih berhati-hati. Jaga makan sangat-sangat penting sebab nak jadi darah daging kita," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain