suria

Pegawai Perubatan junior dakwa banyak skandal seks di hospital... Isteri mangsa curang tampil sahkan dakwaan

Penjawat awam yang menjalinkan hubungan sulit boleh dikenakan tindakan tatatertib. -Gambar hiasan

PLATFORM X menjadi pilihan ramai individu yang mahu berkongsi cerita tanpa mendedahkan identiti sebenar mereka.

Terbaharu, seorang individu mendakwa dia berdepan kejutan budaya sepanjang setahun berkhidmat di sebuah hospital dalam negara.

Dakwa pengadu yang juga Pegawai Perubatan Latihan Siswazah (HO), dia menyaksikan banyak perbuatan maksiat berlaku di tempat kerjanya.

photo (4)

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya HO di hospital. Saya baru kerja setahun tapi dah menyaksikan banyak 'hospital wife or husband' di sini.

"Maksudnya masing-masing dah kahwin tapi mem****t sana-sini sesama kakitangan hospital. Benda ini real ya.

"HO tidur dengan bos sebab nak pass posting pun ada, specialist 'termengandungkan' Pegawai Perubatan (MO) pun ada. Saja kongsi," dakwa individu itu.

Saya baru kerja setahun tapi dah menyaksikan banyak 'hospital wife or husband' di sini.

PENGADU

Perkongsian berbentuk teks itu dibuat menerusi laman X pada Isnin sehingga menerima lebih 1.4 juta tontonan.

Sementara itu seorang lagi individu tampil berkongsi hal sama, mendakwa suaminya menjalinkan hubungan terlarang ketika bekerja di hospital.

"Lepas baca yang HO cerita pasal mem****t kat hospital tu, aku tergerak hati nak periksa laki aku punya handphone.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami angkut skandal balik rumah, buat maksiat waktu solat Jumaat! Isteri nampak ‘wanita’ melalui kamera pantau kucing

ARTIKEL BERKAITAN: Suami skandal dengan jiran, bini orang anak 4! Penyondol punyalah baik dengan isteri, petang-petang selalu borak depan rumah

"Aku memang tak pernah periksa sebelum ni. Memang ya, skandal bersepah. Patutlah oncall tiap minggu.

"Weekdays pun tiga ke empat hari oncall. Aku dah jangka benda ni sebab perangai dia berubah teruk," dakwa wanita itu.

Semakan di ruangan komen mendapati ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan budaya yang dianggap merosakkan itu, apatah lagi ia merupakan dosa besar bagi yang beragama Islam.

"Jangan gelak, jangan kecam. Anda istighfar banyak-banyak. Benda begini wujud. Semoga dijauhkan kita daripada hal sebegini.

GFmiu0xb0AA4s35

Larangan menjalinkan hubungan sulit dalam kalangan penjawat awam.

"Saya tak percaya sampailah dah mula HO. Sedih ada, lawak pun ada. Zaman dah tak ada rasa malu bukan dengan Allah je, tapi dengan manusia pun.

"Sebenarnya bukan setakat kat hospital, benda ni wujud mostly kat mana-mana tempat kerja," tulis netizen.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pernah mengeluarkan larangan menjalinkan hubungan sulit kepada kakitangan mereka yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993).

Menurut KKM, menjalinkan hubungan sulit antara penjawat awam sehingga menyebabkan hubungan suami isteri terjejas adalah kesalahan tatatertib dan boleh diertikan sebagai kelakuan yang memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

Bagi yang beragama Islam, perbuatan itu juga merupakan kesalahan jenayah Syariah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain