SIKAP toleransi sangat penting bagi mengekalkan keharmonian sesama jiran. Di Facebook, seorang individu meraih perhatian selepas dia mengadu tentang kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh jirannya. Menurut pengadu, dia hidup dalam keadaan tidak selesa kerana CCTV yang bergerak 360 darjah itu didakwa boleh membuat rakaman sehingga ke pintu rumahnya. Berbuat baik kepada jiran merupakan satu amalan yang sangat mulia. -Gambar hiasan “Salam semua, maaf kalau soalan ini tiada berkaitan. Tapi mohon pendapat semua ahli. “Kisahnya jiran memasang CCTV seperti dalam gambar. CCTV yang jenis boleh pusing 360 darjah tu. “Ia menyebabkan saya rasa tak selesa dan menganggu privasi saya,” ujarnya menerusi Facebook Tukang Apa Hari Ini. Kadang kita ni nak buka pintu sikit saja tapi kena bertutup aurat sepenuhnya. Stres juga. PENGADU Menurut pengadu dipercayai seorang wanita, dia juga tidak selesa kerana bimbang auratnya dapat dilihat menerusi CCTV milik jiran sebelah rumahnya. “Sebab setiap kali saya buka saja pintu depan, terpampang CCTV tu hala tepat ke pintu depan saya. “Kadang kita ni nak buka pintu sikit saja tapi kena bertutup aurat sepenuhnya. Stres juga. Kadang tiap masa dia boleh pula follow pergerakan saya kat garaj saya sendiri,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pulang ke rumah terkejut lihat ampaian beralih, rupa-rupanya ‘kerja’ jiran jarang borak... CCTV bongkar kisah sebenar! ARTIKEL BERKAITAN: “Muka dah biru, dia tak lepas mencekik” - CCTV asyik ‘on-off’, saksi kes abang cekik adik buka cerita di lokasi kejadian Dakwa pengadu, dia juga risau CCTV itu merakam gerak-gerinya secara tanpa sedar, sekali gus menceroboh privasi hidupnya. “Siap tiba-tiba keluar lampu flash macam ambil gambar. Bagi saya, tak salah dia nak letak CCTV tapi rasanya tempat yang dia letak terlalu ke depan dan pemilihan jenis CCTV dia tu yang salah. “Sebab saya tengok jiran-jiran lain letak CCTV yang jenis memang straight hala ke depan saja, bukan yang jenis macam ni duk berpusing sekeliling lepas tu hala ke rumah saya. “Boleh tak sesiapa bagi pendapat. Betul ke view CCTV jenis ni boleh tengok saya. Apa saya kena buat, boleh ke report ke apa? Tolong,” ujarnya lagi. Toleransi merupakan kunci keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. -Gambar hiasan Luahan wanita itu turut dihujani pelbagai komen netizen yang memberikan cadangan serta solusi untuk masalah dihadapinya. "CCTV ada auto-tracking yang akan follow pergerakan. Minta owner off auto-tracking. "Pasang bidai, blind. Masa ada kat rumah, tutuplah kawasan tu. "Patutnya awak bersyukur jiran prihatin atas keselamatan awak. "Kau tak ada mulut ke nak berbincang dengan jiran?" tulis beberapa netizen memberikan komen dan pandangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube